Pantun |
Sumber |
Tema |
Anak siapa terbatuk-batuk, Perut buncit nampak mengantuk; Kalau pancing ikan betuk, Kailnya halus baru dipatuk. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana makan tidakkan sedap, Lauk banyak perut pun lapar; Bagaimana badan takkan menghidap, Duduk tegak bermulut besar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Bagaimana nasi takkan dijerang, Sejak petang perut berkokok; Bagaimana kami takkan meradang, Awaklah datang dia menyorok | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Anak tikus bermain asap, Mata berkunang perut pun sakit; Awak kurus kain tersingkap, Nampaklah tulang dibalut kulit. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Tengah berburu hari pun petang, Rasanya letih perut pun lapar; Tengah merayu lakinya datang, Muka pun putih lutut gementar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Mati semut mati terhimpit, Ditimpa batang pecahlah perut; Laki kedekut bininya pelit, Mentua datang muka berkerut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kalau tak tahu jangan digagah, Lidah tak nyaman perut pun tak sebu; Hilir malam mudik tak singgah, Buah nipah disangka labu. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
Mudik beralun kelong ditahan, Bemban hanyut dengan uratnya; Perut lapar lalu kutahan, Hati rindu tiada ubatnya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Andainya laut sudah tenang, Cepat-cepat memasang layar; Andainya perut sudah kenyang, lngat-ingat orang yang lapar. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |