PeribahasaPerut tiada bertelinga.TakrifSia-sia memberi nasihat kepada orang yang lapar.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kosong penggilap otak.TakrifLapar menyebabkan orang berfikir.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut panjang sejengkal.TakrifMerasa tidak senang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kosong, dibuat gulai.TakrifKeinginan timbul bila dalam kekurangan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut kenyang lapar tak hilang, minum sejuk haus tak lepas.TakrifHidup dalam kemiskinan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut buncit lama-kelamaan (= lama-lama) menjadi busung.TakrifAlamat bahawa sesuatu perkara akan terjadi. busung = gembung atau bengkak besar kerana penyakit.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPerut besar, entah anak entah tahi.TakrifSaudagar yang besar perniagaannya, entah modal sendiri, ataupun modal pinjaman.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMencarikan perut tak berisi, mencarikan kepala tak bertutup.TakrifMencari penghidupan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMembawa perut ke rumah orang.TakrifSelalu bertandang makan ke rumah orang.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSakit perut, baru tahu di liang lantai.TakrifSesudah mendapat kesusahan baru ingat apa yang perlu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |