Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
MESIN PERENCANA

Mesin perencana ialah mesin yang merakamkan

percakapan pada cakera magnet, pita atau peralatan

lain. Rakaman boleh dimainkan atau disalin semula,

dalam bentuk bertaip. Mesin perencana

menjimatkan masa kerana sesiapa boleh merencana

pada bila-bila masa tanpa menggunakan jurutaip

trengkas. Sesetengah mesin perencana adalah

ringan dan cukup kecil untuk dibawa dengan

mudah dalam perjalanan perniagaan.

Mesin perencana mempunyai sama ada mikrofon

terbina dalam atau mikrofon berasingan yang

dipasangkan kepada mesin itu. Perencana bercakap

pada mikrofon. Percakapan ini dirakamkan pada

pelbagai bahan termasuk sabuk plastik katrij, cakera

dan pita. Pita kaset paling banyak digunakan. Untuk

memainkan semula rencana, seorang jurutaip

meletakkan rakaman ini dalam alat yang dinamakan

pen transkripsi dan mendengarnya melalui fon

telinga. Sesetengah mesin perencana mempunyai

transkripsi terbina dalam. Yang lain menggunakan

unit berasingan.

UMUM
MESIN TRENGKAS

Mesin trengkas digunakan untuk merakamkan

percakapan dengan cepat dan tepat. Mesin ini

mempunyai 21 kekunci huruf. Seberapa banyak

huruf boleh ditekan pada satu-satu masa. Operator

mengeluarkan nombor dengan menekan palang

angka dan kekunci yang mempunyai nombor yang

dikehendaki. Palang angka sepadan dengan

kekunci syif mesin taip.

UMUM
PERTUTURAN

Pertuturan mempunyai beberapa definisi.

Pertuturan boleh bermaksud bercakap, hasil

daripada percakapan, atau apa yang dicakapkan,

bahasa sesuatu negara atau sekumpulan negara,

ataupun dialek tersendiri sesuatu wilayah atau

tempat.

UMUM
SOLAT

Solat dari segi bahasa bermaksud doa. Manakala

dari segi syarak pula adalah percakapan, perbuatan

yang dimulai dengan takbir dan disudahi dengan

salam. Ia satu ibadah yang diketahui tentang rukun,

sujud, berdiri dan membaca ayat-ayat yang mudah

daripada al-Quran.

UMUM
TEOLOGI

Teologi ialah kajian dan keterangan mengenai

Tuhan ataupun pernyataan mengenai kepercayaan

agama. Perkataan Inggeris theology berasal

daripada perkataan Yunani theos (tuhan) dan logos

(percakapan). Teologi mendalami persoalan

seperti: Adakah Tuhan wujud? Bagaimanakah sifat

Tuhan? Apakah hubungan Tuhan dengan dunia

dan penghuninya? dan Bagaimana manusia

mengenali atau mengalami kewujudan Tuhan?

Sesetengah cabang teologi mengamati sejarah

agama atau kajian kitab-kitab. Manakala cabang

teologi yang lain pula mengamati pembelaan

doktrin agama daripada pandangan yang

bertentangan ataupun penerapan doktrin tersebut

dalam kehidupan seharian.

UMUM
KINESIKA

Kinesika ialah kajian saintifik tentang gerakan

tubuh yang terlibat semasa berkomunikasi,

terutama apabila gerakan itu mengiringi

percakapan. Gerakan ini meliputi gerak isyarat,

air muka, kelakuan mata dan postur.

UMUM
ADE, GEORGE

Ade, George (18661944) ialah penulis Amerika

yang menulis karya humor dan drama. Dia juga

ialah seorang wartawan. Ade menjadi masyhur

menerusi cerita lucunya yang ditulis dalam bahasa

percakapan harian dan slanga popular kawasan luar

bandar Midwest, terutamanya dialek Indiana, negeri

kelahirannya. Karya Ade yang terkenal ialah Fables in

Slang (1899), sebuah koleksi cerita yang mencontohi

Aesops Fables .

UMUM
KUMPULAN MINORITI

Kumpulan minoriti ialah sekumpulan

orang yang berbeza dalam beberapa keadaan

daripada kumpulan utama dalam masyarakat.

Anggota kumpulan minoriti mungkin berbeza

daripada kumpulan utama yang juga dikenali

sebagai kumpulan dominan dari segi percakapan,

penampilan, dan amalan budaya. Kumpulan

dominan mempunyai kuasa politik dan ekonomi

yang lebih besar daripada kumpulan minoriti.

Dalam banyak kejadian, kumpulan dominan

mendiskriminasi kumpulan minoriti melayan

mereka secara tidak adil. Kebanyakan anggota

kumpulan minoriti memiliki peluang politik,

ekonomi, dan sosial yang sedikit berbanding

anggota kumpulan dominan.

UMUM
TELINGA

Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita

mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria

yang sangat penting. Pendengaran membolehkan

kita berhubung antara satu sama lain melalui

pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri

amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak

belajar bercakap dengan cara mendengar

dan kemudiannya meniru percakapan orang lain.

UMUM
SAD IBN MUAZ

Sad ibn Muaz ( ? 5 H / ? 626 M), antara sahabat

Ansar yang mula-mula memeluk Islam di Madinah.

Nama penuhnya Sad ibn Muaz al-Numan. Dia telah

diislamkan oleh Musab ibn Umayr r.a. Keimanan

terdetik dalam hati Sad ibn Muaz untuk beriman

setelah dia mendengar ayat suci al-Quran. Lantas dia

menemui kaumnya dan berkata kepada mereka:

Percakapan lelaki dan perempuan kamu denganku

adalah haram sehingga mereka beriman dengan

Allah dan rasul-Nya. Sesiapa yang mendengar

dakwahnya akan memeluk Islam walaupun dalam

masa yang singkat, iaitu dalam sumpah satu malam.

UMUM
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percakapan