Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Percakapan sejengkal dibawa sehasta.

Takrif

Perkhabaran yang sedikit ditambah-tambah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai puyuh laga.

Takrif

Percakapan yang tak pernah habis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berseleleran bagai getah di lalang.

Takrif

Percakapan atau pembicaraan yang tidak keruan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kecek bagai bunyi merendang kacang.

Takrif

Percakapan yang berleler, sehingga susah untuk difahami maksudnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti kuda kencing di papan.

Takrif

Percakapan yang tiada tentu hujung pangkalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bunyi semacam kumbang menyeri bunga.

Takrif

Bunyi percakapan yang lemah antara kedengaran dengan tiada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Memetik kecapi bertali sumbang, seperti serunai berbunyi gambang.

Takrif

Percakapan yang tidak jelas sehingga menimbulkan salah faham orang yang mendengarnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan binasa.

Takrif

Percakapan yang kasar kerap kali mencelakakan diri sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebab mulut leher terjerat.

Takrif

Kecelakaan yang timbul kerana percakapan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tua-tua telur ayam.

Takrif

Hanya tua sedikit saja (biasa dipakai untuk merendahkan diri dalam percakapan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata percakapan