Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Selamat petang tuan. Ingin saya tanyakan bahawa mengapakah binaan frasa seperti "memasak banyak makanan" tidak betul? Dr. Awang Sariyan menyalahkan binaan frasa perbuatan melampau (perbuatan melampau = kata kerja transitif) demikian kerana berpendirian bahawa kata "banyak" bukan kata bilangan, tetapi kata sifat, dan kata sifat tidak boleh diletakkan di antara perbuatan melampau dengan penyambut (objek) kerana menjadi sisipan yang menghalang kelangsungan hubungan perbuatan melampau dengan penyambut. Perbuatan melampau mesti dikenakan langsung terhadap penyambut. Saya pula tidak berijtihad atau berpendapat sedemikian. Saya merasakan bahawa "banyak" kata bilangan tak tentu seperti yang tercatat dalam Tatabahasa Dewan (keterangan ini ada dalam lampiran WordPad). Frasa perbuatan melampau seperti "memasak banyak makanan" terdiri daripada perbuatan melampau "memasak" yang disambut oleh penyambut frasa nama "banyak makanan", dan frasa nama itu terbahagi kepada kata bilangan tak tentu "banyak" sebagai penentu hadapan yang diikut kata nama inti "makanan". Diperhatikan bahawa "banyak" bukan sisipan, tetapi termasuk dalam frasa nama penyambut sebagai salah satu bahagian. Untuk pemahaman lanjut, sila tuan rujuk WordPad yang telah saya lampirkan. WordPad ini berisi soal saya tentang hal ini yang saya kirim kepada Dr. Awang Sariyan melalui e-mel beliau. Pinta tuan menolong saya menyelesaikan soal ini juga. Terima kasih atas iltizam dan kesudian tuan!Kata bilangan ialah sejumlah perkataan yang menjadi penerang jumlah frasa nama dan hadir sebelum frasa tersebut. Kata bilangan dapat dibahagikan kepada beberapa jenis, iaitu
 a) kata bilangan menunujukkan jumlah yang tentu sifatnya disebut bilangan kardinal. Contohnya dua, dua puluh, sejuta dan sebagainya.
b) kata bilangan yang menunjukkan bilangan tak tentu. Contohnya segala, semua beberapa, sedikit dan sebagainya.
c) kata bilangan yang membawa maksud himpunan. Contohnya, ketiga-tiga, berabad-abad, berguni-guni dan sebagainya.
d) kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Contohnya maisng-masing, tiap-tiap dan sebagainya.
e) kata bilangan yang membawa maksud pecahan. Contohnya setengah, sepertiga, dua pertiga dan sebagainya.

Pihak kami menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama.
Lain-lain07.11.2016
perbuatan membangkitkan kemarahanPerbuatan yang boleh membangkitkan kemarahan sebenarnya bergantung pada situasi, tindakan dan perbuatan seseorang yang melampau dan boleh menyinggung perasaan pihak lain sehingga pihak tersebut sukar mengawal kemarahan.Lain-lain26.02.2009
adakah bahasa melayu mempunyai perkataan khusus bagi makna perbuatan di bawah ini; (arena bola sepak). perbuatan pemain yg melurukan bola kpd pemain lain tanpa mengambil kira keadaan pemain tersebut yang cenderung dikasari, terlepas bola, tdk mnerima bola dengan sepatutnya. perbuatan ini seolah2 mengambil sikap 'aku dah bg bola tu, pndai2 la'.Tidak ada satu perkataan yang khusus bagi menerangkan perbuatan tersebut, daripada satu perbuatan/keadaan kepada satu perbuatan/keadaan yang lain.Istilah02.08.2014
Selamat memperjuangkan bahasa baku, tuan. Adakah "menanya" bentuk sempurna sebagai perbuatan melamapu ataupun perlu ditambahi akhiran-i untuk menjadi "menanyai" barulah berkuasa perbuatan melampau, iaitu perbuatan yang mengenai penyambut? Sila tilik WordPad untuk mendalami kajian saya. Wordpad surat tanyaan saya kepada Dr. Awang Sariyan, di sisi itu, saya memerlukan keahlian tuan DBP juga, oleh itu saya juga mengutus surat ini kepada tuan.Merujuk Kamus Dewan, perkataan menanya juga membawa maksud menanyai. Kedua-dua kata terbitan ini berfungsi sebagai kata kerja transitif yang memerlukan objek untuk menyempurnakan ayat.Tatabahasa18.12.2016
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal.Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang".Tatabahasa27.07.2007
Apakah pengertian Jenayah?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, jenayah ialah perbuatan ~ kejahatan (spt mencuri, merompak, membunuh, dll) yg salah di sisi undang-undang, perbuatan salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminil: polis menganggap perkara itu sbg satu perbuatan ~ yg nekad; ~ harta kejahatan yg bersangkutan dgn harta (spt mencuri, merompak, menipu, pecah amanah, dll); ~ kolar putih (perbuatan) jenayah yg dilakukan oleh mereka yg bertugas dlm bidang pengurusan (profesional dsb), biasanya oleh mereka yg berkedudukan penting dlm perkhidmatan awam (syarikat dll); ~ komputer jenayah yg dilakukan dgn menggunakan sistem komputer utk mencuri maklumat atau wang; kesalahan ~ kesalahan kerana melakukan perbuatan jenayah;Makna07.06.2009
Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya.Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa12.12.2016
Saya pelajar kelas dasar University fatoni Ingin bertanya Tatabahasa kata perbuatanKata perbuatan dalam bahasa Melayu ialah kata kerja. Lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kata+kerja untuk maklumat lanjut tentang kata kerja.Tatabahasa07.04.2015
Ayat berikut yang manakah betul? Perbuatan adalah segala aksi yang dibuat. Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat. Harap tuan/puan boleh memberi jawapan hari ini. Sekian, terima kasih.Perbuatan ialah segala aksi yang dibuat.Tatabahasa04.01.2012
Ayat: Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif. atau Kita perlu menghindari diri daripada perbuatan negatif. mana satu yang betul ?Salam sejahtera,

Jawapan yang betul ialah Kita perlu menghindarkan diri daripada perbuatan negatif.
Tatabahasa14.07.2020
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan