Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidung dicium, pipi digigit.

Takrif

Kasih sayang yang pura-pura saja; menyembunyikan perbuatan jahat dengan perbuatan baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terpijak di tanah kapur, putih tapak; terpijak di tanah arang, hitam tapak.

Takrif

Perbuatan baik, baiklah akibatnya; perbuatan jahat, jahatlah akibatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau baik disebut orang; kalau jahat, jahatlah.

Takrif

Perbuatan yang baik akan disebut baik, perbuatan yang jahat akan disebut jahat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hilang tapak tukul, timbul tapak canai.

Takrif

Perbuatan (baik dan jahat) orang yang terlebih dulu itu telah hilang, kerana dilindungi oleh perbuatan orang yang kemudiannya. tukul = pemukul kecil; canai = asah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jika yang baik diperbuat bersilang cerana datang, jika yang buruk diperbuat bersilang telunjuk bibir.

Takrif

Perbuatan baik apabila dikerjakan dapat pujian di mana-mana, perbuatan buruk apabila dikerjakan dapat celaan kanan dan kiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sariat palu memalu, hakikat balas membalas.

Takrif

Kebaikan hendaklah dibalas dengan kebaikan. sariat (syari'at) = aturan agama, di sini dimaksudkan kepada perbuatan; hakikat = kebenaran, yang sebenarnya jadi pendorong perbuatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjaring angin.

Takrif

Perbuatan yang sia-sia belaka.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencukur kepala.

Takrif

Perbuatan yang memalukan kaum keluarga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bersuluh tengah hari.

Takrif

Perbuatan yang pandir, bertanya tentang sesuatu yang sudah diketahui; mensia-siakan tenaga dan wang. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bersuluh menjemput [= minta] api, b. Lagi terang lagi bersuluh).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkepanjangan bagai agam.

Takrif

Perbuatan atau perkataan yang tidak ada hujungnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata perbuatan