Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian.

Takrif

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

Takrif

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telur hari ini, lebih baik daripada anak ayam besok.

Takrif

Pendapatan hari ini lebih baik daripada pendapatan besok.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar berkelahi dulu, jangan berkelahi kemudian.

Takrif

Fikirkan masak-masak, sebelum berbuat sesuatu supaya jangan menyesal. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berkelahi dulu pendapatan, berkelahi kemudian kerugian, b. Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Takrif

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Awak rendah sangkutan tinggi.

Takrif

Besar belanja daripada pendapatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar suap daripada mulut.

Takrif

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar, b. Besar senggulung daripada beban).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar senggulung daripada beban.

Takrif

Belanja lebih besar daripada pendapatan. (Peribahasa lain yang sama makna: Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Besar pasak daripada tiang, besar sendal daripada gelegar.

Takrif

Belanja lebih besar daripada pendapatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.



Lihat selanjutnya...