Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Dalam penyata kewangan, mana satu istilah yang sesuai untuk digunakan ya? 1. Lain-lain pendapatan 2. Pendapatan-pendapatan lainSalam sejahtera, Jawapan yang tepat ialah Pendapatan lain. Lain dalam maksud ayat tersebut sudah membawa maksud pendapatan daripada sumber yang berbeza. Sekian, terima kasih. Layari www.prpm.dbp.gov.my untuk mengetahui lebih lanjut tentang penggunaan bahasa Melayu.Tatabahasa06.04.2020
pendapatan lumayan pendapatan tinggi...adakah kedua-kedua ini betul?Ayat pendapatan lumayan ini betul dari aspek tatabahasanya, manakala ayat yang betul untuk pendapatan tinggi ialah berpendapatan tinggiLain-lain07.10.2020
Adakah frasa "menjana pendapatan" gramatis, atau perlu diubah kepada "menjanakan pendapatan"?
Frasa "menjana pendapatan" adalah lebih gramatis. Sila rujuk olahan menjana dan menjanakan yang dipetik daripada Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), iaitu:

menjana  
kt [psf: dijana, jana] 1 menghasilkan atau mengeluarkan (wang, tenaga dll): Institut tsb bertanggungjawab
menjana tenaga kerja berkemahiran tinggi utk memenuhi keperluan industri berteknologi tinggi.Bekalan kuasa elektrik di atas kapal datang drp sumber kuasa yg dijana oleh generator. Janalah pendapatan anda dr rumah sehingga RM100.00 sehari.

2 menyebabkan (sst keadaan, sistem dsb) berlaku atau terlaksana: Tanggungjawab kita mengemukakan
idea praktikal utk menjana sistem ekonomi Islam yg realistik. Kemajuan akan dijana oleh pelaburan luar dan juga peruntukan dalaman drp kerajaan.

3 menjadikan (akal atau minda) berfikir dgn baik, kreatif, kritis dsb: Hadis hendaklah dijadikan panduan utk menjana akal kita supaya berfikir pd landasan yg betul.

menjanakan   kt [psf: dijanakan, janakan] menjana;
 
Lain-lain10.06.2021
'Antara faedahnya ialah dapat meningkatkan pendapatan negara.' Adakah penggunaan kata pemeri ialah di atas tepat? Adakah frasa dapat meningkatkan pendapatan negara boleh berfungsi sebagai frasa nama?

Antara faedahnya termasuklah dapat meningkatkan pendapatan negara...’ ialah ayat yang betul.

Tatabahasa10.02.2015
Definisi cukai.Cukai membawa maksud bayaran yg dikenakan oleh kerajaan kpd orang perseorangan, perbadanan dsb mengikut pendapatan (kadar pembelian, nilai tanah dll) utk perbelanjaan negara. ~ kastam cukai yg dipungut oleh kerajaan atas barang-barang yg diimport atau dieksport. ~ pendapatan cukai yg dikenakan atas pendapatan seseorang. ~ pintu cukai yg dikenakan kpd pemilik rumah (di bandar). bercukai dikenakan cukai: barang ~. mencukai mengenakan cukai atas; memungut cukai drpd: Kerajaan sepatutnya ~ minuman keras, rokok dsb dgn lebih tinggi lagi.Makna08.05.2014
Bagaimanakah caranya menulis angka di dalam sebuah ayat bagi penyediaan laporan. Contohnya : Analisis terhadap Penyata Pendapatan mendapati empat (4) daripada lapan (8) penyata mencatatkan surplus pendapatan. Perlukah diletakkan kurungan ( ) atau memadai dengan menulis angka sahaja. Mohon penjelasan pihak tuan/puanSalam sejahtera,

Puan,

Cara penulisan nombor seperti yang puan nyatakan betul. Nombor satu hingga sembilan hendaklah dieja nombornya (boleh juga meletakkan nombor dalam kurungan), manakala nombor 10 dan ke atas ditulis dengan angka.

Sekian, terima kasih.
Ejaan19.01.2018
Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan di dalam kalangan para petani. Yang mana salah.

Ayat yang betul ialah Kejatuhan harga komuniti getah dan kelapa sawit telah menjejaskan pendapatan para petani. (Gugurkan di dalam kalangan).

Tatabahasa23.02.2014
Bolehkah saya menggugurkan perkataan tahun dalam ayat atau ketika membuat perbandingan tahun. Contohnya: Pendapatan pelancong antarabangsa pada (tahun) 2014 adalah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada (tahun) 2013. Sekian, terima kasih.Ayat yang gramatis ialah Pendapatan pelancong antarabangsa pada tahun 2014 ialah sebanyak RM72 bilion berbanding RM65.4 bilion pada tahun 2013.Tatabahasa13.06.2016
Salam, saya rasa keliru antara subjek dan predikat dalam ayat ini : " Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan dengan hasil jualan tersebut" & " Setiap hari, dia bangun awal untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal"... Saya harap DBP dapat membantu. Terima kasih.1. (Pendapatan yang diperolehnya agak lumayan) - subjek  (dengan hasil jualan tersebut) - predikat
2. (Setiap hari, dia bangun awal) - subjek (untuk pergi ke pasar dengan menunggang motosikal) - predikat
Tatabahasa18.04.2013
sama ada perkataan pay slip boleh diterjemahkan sebagai penyata pendapatanKami mencadangkan pay slip dipadankan dengan

1.    Penyata gaji

2.    Penyata pendapatan

3.    Slip gaji

4.    Slip pendapatan

 

Padanan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannya.

Lain-lain27.08.2021
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapatan

Puisi
 

Dari Siam pergi Kelantan,
     Dari Kelantan ke negeri China;
Sesal dahulu jadi pendapatan,
     Sesal kemudian tiada guna.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
219

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang di atas lebih baik daripada tangan yang di bawah, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...