Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Makin banyak orang, makin banyak niat.

Takrif

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.

Takrif

Tiap-tiap orang mempunyai pendapat (kemahuan) sendiri-sendiri; makin banyak orang makin banyak pula pendapat dan kemahuannya. (Biasa juga: Ramai beragam, rimbun menyelara).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain orang, lain pendapat.

Takrif

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terbalik kalang.

Takrif

Pendapat yang berlawanan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kepala sama berbulu (= hitam), pendapat (= hati) berlain-lain.

Takrif

Lain orang, lain fikirannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bernafas keluar badan.

Takrif

Lebih percaya kepada pendapat orang lain daripada pendapatnya sendiri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setengah bagai bunyi enggang, setengah bagai bunyi kuau.

Takrif

Pendapat yang bermacam-macam.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lain dulang lain kaki, lain orang lain hati.

Takrif

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pendapat

Peribahasa
376

As many men, as many opinions

Setiap orang berbeza pandangan atau kemahuan.

Lain orang, lain pendapat

A motely crowd turned up for yesterday's general meeting. Each had different views to offer. As many men, as many opinions, so I doubt that agreement would ever be reached.

Bermacam-macam orang hadir dalam mesyuarat agong semalam. Setiap orang memberikan pandangan yang berlainan. Memandangkan lain orang, lain pendapat, saya tidak yakin bahawa persetujuan boleh dicapai.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...