Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pencarian maksud perkataan BI-BM | Sila rujuk Kamus Bahasa Inggeris - Bahasa Melayu. | Lain-lain | 14.05.2009 |
Rarefaction dalam bahasa melayu ialah renggangan. Harap perkataan ini dapat dimasukkan dalam pencarian PRPM untuk membantu pencarian pelajar dan guru Fizik. Rujukan: soalan SPM 1974 and previous text books (Fizika Moden 1979 & Fizik Tingkatan 5, 2002) menunjukkan sejak 1970an perkataan renggangan / kerenggangan digunakan untuk rarefaction dalam bahasa melayu. Sejak kebelakangan ini, dalam soalan SPm dan sebagainya, perkataan regangan digunakan. Penggunaan perkataan ini adalah salah bagi istillah fizik ini. | Untuk makluman tuan/puan, perkataan rarefaction telah ada padanan bahasa Melayu, iaitu renggang atau perenggangan. Tuan/puan boleh merujuk pautan di bawah untuk perkataan renggang dan rarefaction. Maksud renggang - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=renggang&d=28648& Hasil carian perkataan rarefaction - https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=rarefaction&d=28648&#LIHATSINI | Istilah | 07.10.2020 |
a) 'Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan' b) 'Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan' Mana satukah ayat yang tidak mempunyai kesalahan tatabahasa dan lebih sesuai digunakan sebagai tajuk? Diharap pihak DBP dapat mencadangkan tajuk yang sesuai dan tiada kesalahan tatabahasa. Terima kasih. | Ayat yang paling tepat ialah "Tingkah laku pencarian maklumat dalam kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan." | Tatabahasa | 25.11.2010 |
Kenapa pencarian terjemahan untuk 'sexually transmitted disease' gagal menemukan jawapan 'penyakit kelamin'. Saya rasa 'penyakit hubungan jenis' tidak begitu tepat untuk terjemahan bagi STD. | Dalam data rujukan kami, padanan istilah 'sexually transmitted disease' ialah penyakit hubungan jenis. STD ialah penyakit yang hanya boleh dijangkiti dengan melakukan aktiviti hubungan seks. Antara penyakit yang biasa dijangkiti akibat hubungan seks terutamanya melalui hubungan seks rambang ialah klamidia, gonorrhea, herpes, sifilis dan HIV/AIDS. Kebanyakan pesakit ini jarang menampakkan simptom-simptomnya. Kajian menunjukkan bahawa 90% daripada remaja perempuan menjangkakan bahawa mereka tidak akan dijangkiti STD tetapi apabila diperiksa 18 bulan kemudian, didapati satu daripada empat orang telah dijangkiti penyakit klamidia atau gonorrhea. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.12.2019 |
Salam sejahtera! Pencarian perkataan "barakah" tidak membuahkan hasil jika saya lakukannya melalui fungsi "Cari". Namun, apabila merujuk kepada pautan Kamus Bahasa Melayu, makna perkataan ada tertera dan sumbernya berasal dari "Kamus DBP versi dalam Talian". Soalan saya: bolekah saya tahu apakah fungsi Kamus DBP versi dalam Talian ini dengan lebih lanjut? Sekian, terima kasih! | Kamus Dalam Talian boleh diterima hasil daripada cadangan pengguna melalui gerbang kata dan telah dibengkelkan dan maksudnya boleh digunakan. Perkataan "Barakah" tidak dimuatkan dalam Kamus Dewan tetapi telah dimasukkan dalam Kamus Perdana terbitan terbaharu Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 01.01.2021 |
Salam. Berdasarkan pencarian saya di protal Pusat Rujukan Persuratan Melayu, ejaan 'infografik' diterima sebagai padanan kepada istilah 'infographic' pada ruangan Istilah Bahasa Melayu seebaliknya dalam ruangan Khidmat Nasihat pula, dinyatakan penulisan/ ejaan bagi infografik ialah 'info grafik'. Mohon pencerahan ke atas percanggahan tersebut. | Jawapan yang sebenar ialah infografik. Kami memohon maaf atas segala kekeliruan. Terima kasih. | Istilah | 10.08.2020 |
Say aagak musykil untuk terjemah "adventure film" dan "swashbuckler film" yang kedua-duanya bermaksud "filem kembara. Tapi jika ikut istilah bahasa Inggeris, swashbuckler adalah subgenre adventure. "Swashbuckler film" bermaksud subgenre genre filem pengembaraan, yang sering dicirikan oleh pertarungan pedang dan watak-watak kepahlawanan, yang dikenali sebagai swashbuckler. Manakala "adventure film" pula unsur plot utama merangkumi pencarian benua yang hilang dan suasana eksotik; perjuangan dan situasi yang menghadapi watak-watak utama, penciptaan kerajaan, watak-watak yang memulakan pencarian harta karun dan kepahlawanan, pencarian (quest), penerokaan, pencarian dan pencarian yang tidak diketahui biasanya juga harus mengatasi musuh. Jadi bagai mana terjemahan yang sesuai untuk membezakan kedua-dua itilah yang hampir sama ini? Adakah kekalkan "swashbuckler film" sebagai "filem swashbuckler"? | Padanan bahasa Melayu untuk "adventure film" ialah filem kembara manakala "swashbuckler film" ialah filem kepahlawanan. Walau bagaimanapun, padanan perkataan bergantung kepada konteks penggunaan ayat. | Makna | 02.09.2020 |
Subject: PENCARIAN MAKSUD PERKATAAN PEWAI Asslamualaikum wbt, Merujuk perkara di atas, saya benama Nurhilmiyani bt Ismail berminat ingin mencari maksud perkataan pewai dan penggunaan perkataan tersebut. Setelah mencari menggunakan perkhidmatan carian/ carian bestari, saya gagal menemui maksud perkataan tersebut. Berdasarkan pencarian saya sebelum ini, perkataan ini digunakan untuk menggambarkan keadaan yang terlalu letih terutama ketika mendaki gunung/ bukit yang mencabar. Saya berharap pihak DBP dapat membantu saya dan memberi pencerahan yang sewajarnya. Sekian, Terima Kasih -- Nurhilmiyani bt Ismail, Pembantu Penyelidik, Jabatan Pembangunan Manusia & Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang. Hp:013-6319101 Email: nurhilmiyani89@gmail.com | Kata pewai tidak terakam dalam kamus DBP mahupun korpus DBP. Selain itu, belum ada kajian berkaitan kata pewai sama ada dialek, slanga, kreol, atau istilah. Kami akan menghubungi puan apabila kami mempunyai maklumat yang berkaitan. | Makna | 14.09.2017 |
Salam sejahtera, Saya tertarik dengan maksud bagi ungkapan "buah hati pengarang jantung" setelah bertukar pandangan dengan rakan universiti yang merupakan bukan penutur Bahasa Melayu. Pencarian dalam PRPM tidak menggolongkan ungkapan tersebut di bawah 'jantung' tetapi di bawah 'pengarang': "~ jantung buah hati". Pencarian dalam Google Books dan Internet banyak menunjukkan penggunaan "buah hati pengarang jantung" dan bukan "pengarang jantung buah hati". Ini merupakan fenomena yang menarik bagi saya. Setahu saya ungkapan ini bukan peribahasa. Saya amat menghargai sekiranya pihak Tuan boleh memberikan penjelasan lanjut. Sekian, terima kasih. | Penggunaan buah hati pengarang jantung banyak digunakan dalam puisi Melayu yang membawa maksud menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua dan Kamus Dewan Edisi Keempat maksud Pengarang Jantung ialah kekasih manakala maksud buah hati pula ialah orang yg dikasihi. Ini memberikan maksud Orang yang dikasihi iaitu kekasih. Maka penggunaan buah hati pengarang jantung adalah lebih sesuai dan telah banyak digunakan dalam puisi Melayu. | Penyelidikan | 12.06.2018 |
Assalamualaikum. Bolehkah DBP beri senarai lengkap perkataan yang berakhir denyan huruf 'e taling' seperti sate, tauge, wade, dan seterusnya? Susah kerana tiada fungsi pencarian rima akhir di PRPM untuk pembuatan pantun. Sepatutnya ada kerana pantun khazanah kita yang boleh dipermudah dengan adanya teknologi pencarian di PRPM. | Perkataan “sate”, “tauge”,“wade” dan “sake” yang berakhir dengan huruf e-taling ada ditunjukkan dalam PRPM seperti contoh di bawah: - (saté) sj makanan yg dibuat drpd potongan kecil daging yg dicucuk dan dipanggang (dimakan dgn kuah)
- /taugé/ kecambah kacang hijau dsb yg boleh dibuat sayur.
- (wadé) sj makanan tradisional masyarakat India yg diperbuat drpd tepung kacang dal putih, berbentuk bulat dan berlubang di tengahnya.
- (saké) (Jepun) sj arak yg diperbuat drpd beras.
Semua perkataan tersebut ditunjukkan penggunaan e-taling dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring bagi pengguna mengetahui ritma akhir. Tuan/puan boleh mengetahui perkataan yang menggunakan e-taling apabila huraian disertakan dengan teks dalam kurungan atau diapitkan dengan tanda miring. | Ejaan | 16.06.2019 |