Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ranap pertulang, ijuk penebal.

Takrif

Pencarian tambahan selain daripada gaji. ranap pertulang = ranap disangga; ijuk penebal = ijuk untuk penebal.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diperluas parak, tidak disiangi.

Takrif

Kalau mata pencarian sudah bertambah, hendaklah dijaga dengan baik-baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkuak pedang, berbelah buluh.

Takrif

Membahagi-bahagikan harta pencarian kerana bercerai atau putus persaudaraan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Hidup dua muara.

Takrif

Hidup dengan dua macam pencarian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Ijuk sebelembang, tali di situ keluan di situ.

Takrif

Pencarian yang tiada memadai. sebelembang = seberkas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sempit lalu, longgar ditokok.

Takrif

Di negeri yang sukar pencarian, penduduknya rajin-rajin; di negeri yang makmur, penduduknya malas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tinggi duduk daripada cangkung.

Takrif

Besar belanja daripada hasil pencarian.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kalau tiada padi sebarang kerja tak jadi.

Takrif

Kalau tidak ada pencarian yang tetap, maka kehidupan menjadi susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seligi tajam bertimbal, tak hujung pangkal mengena.

Takrif

Orang yang mempunyai dua pencarian; pendirian yang bertentangan. seligi = tombak yang dilemparkan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti puyuh, mahu yang betina daripada yang jantan.

Takrif

Suami yang hanya mengharapkan pencarian isterinya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pencarian