PeribahasaTuah yang disembah, junjung yang dipanjat.TakrifPemimpin atau ketua yang dikut perintahnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPatah kemudi perahu hanyut.TakrifRakyat yang kehilangan pemimpin akan kucar-kacirlah jadinya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaCondong yang akan menongkat, rebah yang akan menegakkan.TakrifPemimpin yang akan membantu atau menjaga rakyatnya jika ada kesusahan yang menimpa rakyatnya itu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti lut dengan marakah.TakrifOrang yang lebih pengetahuan selalu menjadi pemimpin orang ramai. lut = batu duga.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeletus bedil berbunyi, mencebur ikan dalam laut, berkokok ayam dalam hutan.TakrifUcapan pemimpin yang menggemparkan orang di mana-mana.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSebuah lesung seekor ayam jantannya (= gedangnya).TakrifBagi tiap-tiap kaum ada seorang pemimpin yang akan memimpinnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaSeperti anak ayam kehilangan induk (= ibu).TakrifKesusahan kerana bercerai dengan sahabat yang karib; rakyat yang kehilangan pemimpin.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaKayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan, uratnya tempat bersila, batangnya tempat bersandar.TakrifPemimpin yang menjadi tempat rakyat mengadukan nasibnya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMerasuk seperti polong tak berjinjang.TakrifBerkeliaran memperlihatkan kelakuan yang jahat ke mana-mana. merasuk = roh jahat masuk ke dalam tubuh manusia; jinjang = pemimpin atau ketua hantu.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
|