Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
KILANG PERAS TENAGA

Kilang peras tenaga ialah istilah yang

digunakan untuk kilang-kilang yang mengupah

golongan papa kedana. Kebanyakannya golongan

wanita dan kanak-kanak yang bekerja bertungkus

lumus selama dua belas jam atau lebih sehari

bagi mendapatkan makanan untuk meneruskan

kehidupan.

UMUM
BIEDERMEIER

Biedermeier ialah gaya reka bentuk yang

dibuat di negara-negara Eropah yang bertutur

bahasa Jerman pada awal tahun 1800-an. Nama ini

berasal daripada watak lucu dalam kesusasteraan

Jerman yang popular pada tahun 1830-an.

Papa Biedermeier melambangkan kehidupan

berkeluarga, nilai-nilai konservatif, dan kehidupan

yang kukuh lagi selesa. Istilah Biedermeier

digunakan dalam seni bina, reka bentuk dalaman,

dan seni hiasan. Kini, ia dikaitkan khusus dengan

perabot rumah Jerman yang selesa, yang dihasilkan

pada tahun 1820 dan 1850.

UMUM
1
Tesaurus
 
papa
Rujuk :miskin