Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SYAM (SYRIA), PEMBUKAAN

Syam (Syria), Pembukaan berlaku pada

zaman pemerintahan Abu Bakar al-Siddiq r.a., yang

mengarahkan sekumpulan tentera Muslimin

menuju ke Syam di bawah pimpinan panglima-panglima

utama seperti Al-Walid ibn Uqbah ,

Amru ibn al As, Abu Ubayah Amir ibn al-Jarrah

dan Yazid ibn Abu Sufian.

UMUM
PANGLIMA

PANGLIMA, gelaran yang diberikan kepada tokoh yang mempunyai sifat kepahlawanan seperti berani, bijak dan tangkas bermain senjata.  Seorang panglima mestilah sudah mengetahui dan mempelajari segala selok belok ilmu hulubalang.  Dalam kehidupan sehari-hari masyarakat tradisi Melayu, gelaran panglima lazim diberikan kepada individu yang berlagak atau mempunyai sifat dan ilmu tersebut.  Kadangkala seorang panglima juga dilantik menjadi ketua daerah atau angkatan perang dan pertahanan diraja kerana kegagahan dan ketaatannya.  Walau bagaimanapun 'panglima' lebih merupakan gelaran dan bukan pangkat yang tetap seperti laksamana.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
DATO' PANGLIMA BUKIT GANTANGABDUL WAHAB TOH  MUDA ABDUL AZIZ (1905-1959), ahli politik, Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang pertama.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
TEUKU PANGLIMA POLEM

TEUKU PANGLIMA POLEM, gelar bagi panglima perang kerajaan Aceh yang memimpin rakyat Aceh melawan penjajah Belanda. Polem adalah gelaran kehormatan dalam keluarga sultan yang bermaksud Abang. Dalam sistem pemerintahan kerajaan Aceh pada mulanya ada tiga wilayah yang disebut dengan ;Lhee Sago atau Tiga Segi yang masing-masing dipimpin oleh Panglima Sagi di bawah Sultan Aceh. Tiga Segi itu adalah XXII Mukim, XXV Mukim dan XXVI Mukim. Panglima Polem secara turun-temurun memimpin Segi XXII Mikuim yang berpusat di Lamsie wilayah Seulimeum, 35 km sebelah timur Banda Aceh dalam wilayah kabupaten Aceh Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
PANGLIMA BESAR

Panglima Besar mempunyai kuasa tertinggi

dalam perkhidmatan ketenteraan sesebuah negara.

UMUM
HIKAYAT PANGLIMA NIKOSAHIKAYAT PANGLIMA NIKOSA, sastera pahlawan Melayu Sarawak. Hikayat ini asalnya bertulisan tangan dan mungkin dikarang oleh Encik Ahmad Shawal bin Abdul Hamid di Kuching pada tahun 1876. Naskhah hikayat ini dalam tulisan Jawi tersimpan di Perpustakaan Rhodes House, Oxford, England.SASTERAKarya
PANGLIMA AWANG

PANGLIMA AWANG, novel karya Harun Aminurrashid.  Novel ini dicetak oleh Pustaka Melayu, Singapura pada tahun 1958. Hingga tahun 1972, novel ini telah diulang cetak sebanyak 12 kali oleh penerbit yang sama.  Panglima Awang pernah dijadikan teks wajib mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun-tahun 1960-an selama beberapa tahun.

SASTERAPenerbitan
PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH

PANGLIMA SALLEH SELEMPANG MERAH, novel sejarah karya Zaharah Nawawi. Novel ini merupakan hasil projek 'Dermacipta Dewan' dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1988.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPenerbitan
ROOKE, SIR GEORGE

Rooke, Sir George (16501709), laksamana

Inggeris, panglima besar armada dalam angkatan laut

yang menawan Gibraltar pada tahun 1704. Beberapa

hari kemudian, dia ditentang oleh armada Perancis

yang lebih besar di luar pantai Gibraltar. Pertempuran

itu tidak memberi sebarang keputusan. Selepas

pertempuran itu, Perancis tidak lagi membuat

sebarang percubaan untuk menawan Gibraltar.

UMUM
DRAKE, SIR FRANCIS

Drake, Sir Francis (1540?1596), penjelajah

dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang

Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik

perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh

utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa

di laut.

UMUM
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.



Lihat selanjutnya...