Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Panglima raja mudik bergalah, Ditiup angin selatan daya; Laut darat dijadikan Allah, Asam manis semua serupa.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Yang panglima ada sifatnya, Ke mana berjalan membawa sekin; Yang bercinta ada syaratnya, Mahu berkorban zahir dan batin.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dato Patinggi panglima perang, Mati terbunuh di Kuala Skrang; Bertahun kunanti adik kusayang, Baru sekarang wajah kupandang.Pantun Melayu SarawakKasih
Ada satu panglima Pulai, Pelihara janggut serta misai; Begitu banyak kain di kedai, Berkain kasar dengan cindai.Kurik Kundi Merah SagaPerniagaan
Ada satu panglima raja, Duduk kerusi kepala meja; Tengah belayar taufan pun tiba, Sampan kecil mahu buat apa?Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Kampung Tupung Seman, Panglima Seman, Tempat berlabuh dagang, perahu dagang; Peluk tubuh demam, rasa nak demam, Baru tahu seorang, badan seorang.Pantun Melayu SarawakBergendang
Dari Surabaya ke Panglima Seman, Singgah beralbuh di Kampung Muhibah; Hidup selalu dalam aman, Panjat syukur kepada Allah.Pantun Melayu SarawakAgama
Kalau pendekar pantang dicabar, Panglima juga pantang dilawan; Ada tanah beratus hektar, Ditumbuh lalang disarang tebuan.Pantun Melayu SarawakBerniaga
Pisau raut ulu sekerat, Pakai anak panglima desa; Dari laut naik ke darat, Memang nak cari senjata yang bisa.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri.Kurik Kundi Merah SagaKepahlawanan
1
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.



Lihat selanjutnya...