Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Pantun ; Kependekan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
rujukan hormat untuk Panglima Angkatan tenteraPanglima Agung (Besar)
Lain-lain17.10.2014
dendam: Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu; (Kamus Dewan Edisi Ke-4) 1) Bolehkah saya bertanya tentang penggunaan perkataan "ia" dan "ianya"? 2) Rumah itu selesa. Bolehkah perkataan "selesa" digantikan dengan "enak" (maksud perkataan ini tidak terhad pada makanan sahaja berdasarkan kamus) dan "menyenangkan"? Terima kasih.1. Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan "nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digabungkan penggunaannya.
2. Perkataan enak tidak sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Tatabahasa11.06.2020
Adahah ejaan Raja-Raja Melayu, Peminpin Negara, Panglima Perkhidmatan, Pemimpin Tentera Luar Negara di awal perkataan huruf besar.Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu, pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am.Ejaan19.07.2012
SENARAI EDARAN SEPERTI DI LAMPIRAN YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato Seri / Dato Sri / Datuk / Dato / Tuan / YBhg. Datuk, PERKARA Dengan hormatnya saya menarik perhatian YB Tan Sri / Datuk Seri / Datuk Seri Panglima / Dato Seri / Dato Sri / Datuk / Dato / Tuan / YBhg. Datuk, kepada perkara tersebut di atas. Mohd Yunus dengan hormatnya mohon pandangan daripada pihak tuan/puan jua.... terima kasih.Soalan yang dikemukakan tidak jelas. Sila hubungi kami semula.Tatabahasa15.02.2019
Syams El-Bahri El-Banjari WED 17:24 Syams El-Bahri El-Banjari Syams Assalam'alaikum... Salam kenal. Saye dari Kuala Tungkal-Jambi. Saya nak tanye, apakah Saye bise dapatkan buku novel Selempang Merah Panglima Shaleh oleh Zahara Nawawi?Waalaikumussalam. Untuk makluman, buku Selempang Merah Panglima Saleh masih dalam proses cetak semula. Mohon hubungi Encik Abd Khalid di Bahagian Pemasaran DBP melalui alamat e-mel abd.khalid@dbp.gov.my untuk mendapatkan perkembangan buku ini. Terima kasih.Lain-lain23.11.2016
ajutanajutan-pegawai tentera yang menolong panglima atau ketua angkatan tentera dalam urusan pentadbiranMakna28.06.2011
Assalammualaikum... Saya mady nak tanya sikit Buku "Pasal Panglima Awang" Penulis Harun Aminurrasid Kluaran DBP ade jual lagi tak. TQ?Waalaikumussalam. Terima kasih kerana bersahabat dengan DBP. Tuan boleh menempah secara online atau telefon melalui lawan sesawang http://prpm.dbp.gov.my/ pada pautan e-Niaga. Sekiranya tuan berada di sekitar Kuala Lumpur boleh terus ke Koperasi DBP untuk memiliki buku tersebut.Lain-lain20.02.2014
Salam, Yang mana satu betul? Menurut PRPM (tatabahasa) penggunaan "ianya" tidak boleh digunakan tetapi perkataan ini terdapat dalam Kamu Dewan ke-4, contoh: dendam: "Panglima Hitam tidak berkata apa-apa sebab ianya ~ Portugis yg digelarnya lanun itu".Untuk makluman, perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan atau digabungkan penggunaannya.Tatabahasa25.03.2017
"raja-raja Melayu" ditulis dengan huruf besar seperti "Raja-raja Melayu" atau tidak?Ejaan yang betul ialah raja-raja Melayu kerana merujuk kepada pemimpin negara, panglima perkhidmatan, pemimpin tentera luar negara kerana kesemuanya merupakan kata nama am.Istilah29.11.2016
Afifah........semasa ......dengan seekor ular di luar pagar rumahnya. A. berteriak...terpijak B.teriak.....bersua C.teriakan...bertembung D. meneriak....terlihat 2........,berani kamu bersemuka dengan Panglima Hitam yang garang itu! A. wah B.syabas c.amboi d.cisAyat pertama tiada jawapan dan ayat kedua jawapannya ialah A.Tatabahasa11.07.2012
Tesaurus
 
panglima
Rujuk :pimpin, pemimpin,

Puisi
 

Ada satu panglima Pulai,
     Pelihara janggut serta misai;
Begitu banyak kain di kedai,
     Berkain kasar dengan cindai.



Lihat selanjutnya...