Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Jeling-jeling paku, Paku masak lemak; Siapa jeling aku, Aku cakap pada emak.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Terang bulan melantak paku, Paku dilantak dalam perahu; Ambil pedang bunuhlah aku, Bercerai kasih tidak kumahu.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Paku ini paku landai, Paku berasal dari Jawa; Barang bini habis digadai, Pinjam pula barang mentua.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Paku pemahat paku perigi, Paku jangan berombak lagi; Aku jahat aku pergi, Aku jangan disebut lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Patah paku pucuk mengkudu, Pisang masak di dalam karung, Kata diikat setia dipadu, Bukan masa kita terkurung.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kaluk paku kaluk berduri, Duri mencabik-baik baju; Elok baju orang tak iri, Iri menengok baik laku.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Pucuk paku makanan kalui, Dahan dedap bertaruk muda; Tak berbalas tak berbalui, Tak ada adab sesama muda.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Bunga paku tidak berbuah, Sama juga bunga kelapa; Jongok Batu kampung bertuah, Sampai ke mana saya tak lupa.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Pucuk paku di atas peti, Buah rambai tepi laut; Termenung aku dalam mimpi, Kasih dilambai tidak menyahut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Pucuk paku buah pauh, Mari jual di simpang empat; Jangan dirindukan orang yang jauh, Carilah gantinya orang yang dekat.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,

Puisi
 

Terang bulan melantak paku,
     Paku dilantak dalam perahu;
Ambil pedang bunuhlah aku,
     Bercerai kasih tidak kumahu.



Lihat selanjutnya...