Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Paku sebatang, kuat bunyi tukulnya bertalu-talu.

Takrif

Bercakap besar tetapi bukti kerja tidak ada.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Keluk paku asam (= kacang) belimbing; anak dipangku kemanakan dibimbing.

Takrif

Anak dan kemanakan haruslah sama-sama dididik dan dipimpin.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih.

Takrif

Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti menukul paku lemah.

Takrif

Kepayahan mengajar orang yang malas.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Lihat juga: Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya). paku = pakis.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang biasa jahat itu, biarpun kelihatan baik, tetapi hatinya masih jahat juga. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lurus-lurus ekor anjing, walau bagaimanapun ada juga bengkoknya.

Takrif

Orang yang sudah biasa berbuat jahat itu sekali-sekali akan berbalik juga hatinya hendak berbuat jahat. (Lihat juga: a. Betapapun lurus paku, hujungnya berbentuk juga, b. Betul, betul ekor anjing; walau bagaimanapun ada juga bengkoknya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
paku (kata nama)
Bersinonim dengan pemaku, skru, nat;,
Kata Terbitan : memaku, memakukan, terpaku,

Puisi
 

Terang bulan melantak paku,
     Paku dilantak dalam perahu;
Ambil pedang bunuhlah aku,
     Bercerai kasih tidak kumahu.



Lihat selanjutnya...