Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Pada berbini baik bujang, Supaya jangan jadi terhutang; Intan manikam cahaya bintang, Terang semacam lilin dipasang.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pada beri baik jangan, Budak bodoh buat teman; Kalau takut luka di tangan, Tak boleh petik bunga di taman.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Angin barat angin utara, Tinggi petak pada ruang; Jangan harap pada saya, Hak tiada bahasa pun kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Berlaga kumbang sesama kumbang, Berlaga serindit sesama serindit; Pada berlapang sama berlapang, Pada yang sempit sama berhimpit.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Buah kedarah buah kepayang, Buah kelat julat berjulat; Pada saudara hendaklah sayang, Pada sahabat hendaklah taat.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Anak labi makan mengecap, Beri makan kelopak jantung; Pada nabi saya mengucap, Pada Tuhan saya bergantung.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Terang bulan menggetah pungguk, Pungguk bersarang tali temarang; Pada tuan tembaga buruk, Pada saya intan berkarang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Adat berlabuh pada yang tenang, Bila tak tenang perahu pecah; Adat mengasuh berdada lapang, Bila tak lapang tentu berbantah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa diharap pada jerami, Habis padi jerami dibuang; Apa diharap kepada kami, Muka buruk budi kurang.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...