Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Majalah ; Pantun ; Istilah Diplomasi dan Hubungan Antarabangsa ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Tuah anjing, celaka kuda.

Takrif

Bahagia pada yang satu, celaka pada yang lain. (Bandingkan dengan: Tebu pada awak, peria pada teman).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mudah jua pada yang ada, sukar jua pada yang tidak.

Takrif

Pada orang kaya segalanya mudah, pada orang yang miskin segalanya susah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pada sama tumbuh dengan siangan, adat sama tumbuh dengan sengketa.

Takrif

Adat berdiri kerana ada sebabnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tebu pada awak, peria pada teman.

Takrif

Disukai oleh seorang, dibenci oleh yang lain. (Bandingkan dengan: Tuah anjing, celaka kuda).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Takut pada ular, terkejut pada bengkarung.

Takrif

Kerana takut kepada orang yang berkuasa, lalu takut pula kepada keluarganya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tertangguk pada ikan dikeruntungkan, tertangguk pada ular dikeruntungkan juga.

Takrif

Buruk atau baik diterima saja setelah dimuafakati beramai-ramai. keruntung = keranjang untuk menyimpan ikan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Terkena pada ikan bersorak, terkena pada batang, masam.

Takrif

Ketika untung bersuka-ria, waktu rugi marah-marah. (Peribahasa lain yang sama makna: Tersaukkan ikan, suka; tersaukkan batang, masam).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lemak manis pada dialah, pahit maung pada orang.

Takrif

Orang yang hanya suka dipuji, tetapi tak suka dikritik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang terpegang pada hulunya, awak terpegang pada matanya.

Takrif

Dalam perjanjian, syarat-syarat orang lebih kuat daripada kita.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang memegang kerbau pada talinya, memegang manusia pada katanya.

Takrif

Manusia dihormati kerana kejujurannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
484

A promise is a promise

Janji yang dibuat hendaklah ditunaikan

Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya

He would come and pay his debt in two years' time. I reminded him a promise is a promise. He is sure to land in hot soup if he breaks his promise.

Dia akan datang dan membayar hutangnya dalam tempoh dua tahun lagi. Aku mengingatkannya, kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya. Dia pasti akan mendapat susah jika dia tidak menunaikan janjinya.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...