Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Glosari Linguistik Korpus 2 ; Istilah Diplomasi ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Ada guru Bahasa Melayu mengatakan bahawa ungkapan pada bulan Mei dan pada tahun 2012 sebagai lewah. Menurutnya, ungkapan yang tepat ialah pada Mei dan pada 2012. Mohon ulasan pihak KNDBP. Terima kasih.Bulan Mei dan Tahun 2012 merupakan frasa nama yang betul. Apabila didahului dengan kata sendi nama "pada" salah satu kata dalam frasa nama tersebut tidak perlu digugurkan.Tatabahasa27.05.2012
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: a)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang. b)Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang. Jawapan yang mana satu betul? 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan: a)Ibu minum teh di rumah atau di kafe. b)Ibu minum teh di rumah atau kafe. Jawapan di atas yang mana satu betul?Dalam penggabungan frasa sendi nama dengan kata hubung dan dan atau, kata sendi nama pada unsur kedua, secara pilihan, boleh digugurkan. Bagaimanapun, kata sendi nama pada unsur yang kedua tidak boleh digugurkan kalau kata sendi nama dalam bentuk setara itu ialah ke. Oleh itu, kesemua ayat contoh yang diberi adalah betul,  Ayesha berjoging pada waktu pagi atau petang/Ayesha berjoging pada waktu pagi atau pada waktu petang serta Ibu minum teh di rumah atau kafe/Ibu minum teh di rumah atau di kafe.Tatabahasa05.04.2013
a) Beego bermain bola pada waktu pagi? b) Beego bermain bola pada waktu petang? (atau) Ayat majmuk: 1) Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang? 2) Beego bermain bola pada waktu pagi atau waktu petang? 3) Beego bermain bola pada waktu pagi atau pada waktu petang? Ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul? Mengapa? Terima kasih.Ayat yang tepat ialah "Beego bermain bola pada waktu pagi atau petang?" . Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran frasa sendi nama yang serupa.Tatabahasa09.10.2013
"Pada Tahun 2008..." atau "Pada tahun 2008..."?Pada tahun 2008... adalah tepat.Tatabahasa13.08.2012
Adakah wujud sebarang peraturan dalam menulis frasa nama yang menyatakan masa? Misalnya: 1. "pada Jumaat petang" atau "pada petang Jumaat"? 2. ataupun "pada waktu petang hari Jumaat"?Frasa yang betul ialah "pada petang Jumaat" kerana kata sendi nama pada lazimnya digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu atau tempat, sama seperti pada hari Jumaat.Tatabahasa02.04.2012
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.)Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan.Tatabahasa02.02.2013
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan.

Jawapannya seperti yang berikut:

1. Halakan flash terus kepada objek.

2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. 

Tatabahasa17.11.2011
1. di meja atau pada meja? 2. di hati atau pada hati ? 3. di dinding atau pada dinding ? 4. di kerusi atau pada kerusi ?Di atas meja, di/dalam hati, pada dinding dan di atas kerusi .Tatabahasa10.07.2012
Tuan, betulkah penggunaan kata 'pada' dalam ayat ini Pemerolehan kata tugas pada bahagian soalan objektif akan dianalisis. Minta penjelasanPenggunaan pada dalam tersebut adalah betul. Kata sendi nama pada digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada+pada (manusia dan haiwan dalam beberapa situasi  tertentu, seperti yang berikut;
a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa.
b. Kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yanh merujuk manusia dan haiwan.
c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kerja.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan muka surat 274 untuk lebih lanjut.
Tatabahasa09.09.2013
a) Kerbau berpegang kepada talinya, manusia berpegang kepada janjinya. b) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janjinya. c) Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang kepada janjinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa, Kerbau dipegang tali hidungnya, manusia dipegang pada katanya.Lain-lain29.11.2011
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata pada

Puisi
 

Anak labi makan mengecap,
     Beri makan kelopak jantung;
Pada nabi saya mengucap,
     Pada Tuhan saya bergantung.



Lihat selanjutnya...