PeribahasaNyamuk mati, gatal tak lepas.TakrifMenaruh dendam kepada orang yang berbuat jahat, meskipun yang jahat itu sudah dihukum.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaNyamuk lepas pijat-pijat kena pirik.TakrifMendapat celaka kerana kesalahan orang lain. pirik = memipis, menumbuk lumat-lumat.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaDitempuh nyamuk terbalik, ditindih lalat tak dapat bangkit.TakrifTerlalu lemah.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenepak nyamuk menjadi daki.TakrifTak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Biasa juga: Mengusir nyamuk menerima daki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaTepuk nyamuk menjadi daki.TakrifTak akan mendapat nama baik kalau melawan orang yang lemah. (Peribahasa lain yang sama makna: Menepak nyamuk menjadi daki).SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata nyamuk |
|
Puisi |
---|
|
Banyak nyamuk di hutan Tengar, Buah betik dipanggil papaya; Kicau murai lagi didengar, Inikan pula cerita manusia.
Lihat selanjutnya... |
|