Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
ANAXAGORAS

Anaxagoras (500?428 S.M.) ialah ahli falsafah

Yunani yang awal. Dia membahaskan bahawa

perubahan jirim tidak berlaku, meskipun ia kelihatan

seperti berlaku. Anaxagoras mengandaikan bahawa

semua benda terdiri daripada begitu banyak biji

benih pelbagai jenis jirim. Biji-biji benih ini tidak

pernah berubah, tetapi hadir bercampur dalam

kombinasi yang berbeza-beza. Perubahan jelas jirim

hanyalah merupakan kombinasi semula biji-biji benih

yang tidak berubah. Untuk membolehkan berlakunya

kombinasi semula ini, gerakan diperlukan.

UMUM
NIJINSKY, VASLAV

Nijinsky, Vaslav (18901950), penari lelaki yang

terkenal pada zamannya. Dia rendah, dan

mempunyai paha yang besar dan bahu yang runtuh.

Meskipun demikian, dia melakonkan peranannya

dengan penuh kesungguhan sehingga

penampilannya nampak berubah daripada satu

peranan kepada peranan yang lain.

UMUM
SOANE, SIR JOHN

Soane, Sir John (17531837), arkitek British yang

dilantik sebagai arkitek Bank of England pada

tahun 1788. Dalam tempoh 40 tahun berikutnya dia

membina semula hampir keseluruhan bangunan

tersebut, meskipun hanya sedikit hasil kerjanya

masih wujud lagi pada masa kini. Soane juga

membina Dulwich College Picture Gallery di

London, dan tiga buah gereja di London, iaitu St.

John di Bethnal Green, Trinity Church di

Marylebone; dan St. Peters di Walworth. Soane

lahir di Whitchurch, berhampiran Reading,

Berkshire, England. Dia menghadiahkan rumah dan

koleksi lukisannya yang terdapat di Lincolns Inn

Fields kepada Kerajaan British yang dikenali

sebagai Muzium Sir John Soane.

UMUM
KELANG

Kelang, bandar dan daerah di negeri Selangor.

Sejarah perkembangan penempatan Kelang

dapat dikesan pada abad ke-15 dan abad ke-16,

iaitu pada zaman Kesultanan Melaka. Tun Perak

dilantik sebagai penghulu untuk mentadbir Kelang.

Meskipun begitu, Kelang telah ada seorang ketua

tempatan yang dikenal dengan nama Tuk Engku

Kelang, iaitu satu jawatan tradisi yang sudah pun

ada sebelum kemunculan kuasa Bugis di Selangor.

UMUM
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN

Sistem maklumat pengurusan ialah sistem

komputer yang direka untuk membantu para

eksekutif yang menjalankan urusan perniagaan,

agensi kerajaan dan juga organisasi lain.

Sektor perniagaan sudah lama bergantung

kepada komputer untuk mengendalikan kerja

menyimpan kira-kira yang asas, seperti

penyediaan gaji dan invois. Meskipun begitu,

sistem maklumat pengurusan sebenarnya

membantu pengurus membuat keputusan

perniagaan yang kompleks.

UMUM
NABI SULAYMAN A.S.

Nabi Sulayman a.s. Nama penuh baginda ialah

Sulayman ibn Daud Alaihimassalam yang berasal

dari keturunan Yahudha ibn Yakub ibn Ishaq. Nabi

Allah Daud a.s. mewasiatkan kekuasaan kepada Nabi

Sulayman a.s. selepas kewafatan Nabi Daud a.s. Oleh

itu, selepas Nabi Daud wafat, Nabi Sulayman

melaksanakan wasiat tersebut. Pada ketika itu Nabi

Sulayman a.s. baru berusia 13 tahun. Meskipun

usianya masih terlalu muda, Nabi Allah Sulayman

seorang yang bijaksana, cekap dalam urusan

pentadbiran dan memiliki pendapat yang bernas

untuk memutuskan sesuatu hukum. Sebagai contoh

Nabi Allah Sulayman telah memberi pendapatnya

berkenaan bercucuk tanam seperti yang diceritakan

dalam al-Qur'an. Begitu juga, dalam mengeluarkan

fatwa apabila berlaku perselisihan pendapat antara

dua orang perempuan tentang kedudukan kanak-

kanak dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam

Bukhariy dan Muslim. Nabi Allah Sulayman

membina Baitulmaqdis selepas empat tahun dilantik

sebagai raja dan pembinaannya siap dalam masa

tujuh tahun. Nabi Allah Sulayman juga telah

mendirikan benteng di sekeliling kota Baitulmaqdis.

Selepas 13 tahun pembinaan kota tersebut, Nabi

Sulayman a.s. turut mendirikan Istana Raja pula.

Bahkan Nabi Sulayman a.s. mendirikan tempat

penyembelihan binatang korban.

UMUM
ISLAM DI ASIA TENGGARA

ISLAM DI ASIA TENGGARA, perkembangan agama Islam di Asia Tenggara yang bermula sejak abad ke-5 M. Islam di Asia Tenggara adalah gambaran daripada sebuah sosiopolitik yang beragam, meskipun terikat oleh keadaan tradisi keagamaan yang sama. Islam ialah agama majoriti penduduk Brunei Darussalm, Indonesia dan Malaysia. Di Singapura, Thailand, Filipina dan Myanmar, minoriti penduduknya beragama Islam.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
DATUK SUTAN MAHARADJA

DATUK SUTAN MAHARADJA (1860 -1921), pelopor persuratkhabaran Melayu di Sumatera, Indonesia. Dia lahir di Sulit Air, Sumatera, Indonesia. Dia bersekolah Eropah di Kota Padang pada tahun 1873. Meskipun tidak tamat, dia belajar hukum daripada seorang jaksa dan peguam. Pada tahun 1882, Datuk Sutan Maharadja dilantik sebagai pembantu jaksa di Indrapura dan sebagai jaksa di Padang dan Pariaman, hingga tahun 1891. Dia bekerja sebagai wartawan Palita Ketjil, akhbar Melayu yang tertua di Sumatera (pertama terbit awal 1880-an). Melalui Palita Ketjil, dia melawan pemikiran agama yang antitarekat dan adat matrilineal yang disuarakan oleh seorang ulama Minangkabau, Syekh Ahmad Chatib. Pada tahun 1895, dia bekerja dengan Warta Berita, dan pada tahun 1904, dia bekerja dengan Tjaja Soematera. Melalui akhbar ini, dia melancarkan revolusi adat demokratis melawan keabsahan kedudukan Tuanku Panglima Regen, penguasa peribumi tertinggi dan bangsawan Padang.

 

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH NIK MAT KECHIK

SYEIKH NIK MAT KECHIK (1844-1915), ulama dan penulis. Beliau lahir di Pulau Duyong, Terengganu. Pada waktu itu, keluarganya berpindah ke Terengganu selepas gagal dalam pemberontakan menentang Siam pada dekad 1830-an. Meskipun beliau memakai gelaran al-Fatani di belakang namanya, tetapi beliau tidak dilahirkan di Patani. Nama sebenarnya ialah Syeikh Muhamamad bin Ismail Daudy al-Fatani. Beliau digelar Syeikh Nik Mat Kechik bagi membezakannya dengan seorang lagi ulama Patani sezaman, Syeikh Muhammad bin Abdullah yang biasa dikenali dengan nama Syeikh Nik Mat Besar.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
CERITA PANJI

CERITA PANJI, cerita roman atau pengembaraan yang berasal dari Jawa. Inti cerita panji berpusat pada dua buah kerajaan Jawa kuno iaitu Kuripan dan Daha dengan watak utamanya Raden Inu Kertapati dan Raden Galuh Cendera Kirana. Cerita ini lahir pada Zaman Jawa Tengahan, iaitu pada zaman kegemilangan dan kemerosotan kerajaan Majapahit di Jawa Timur. Meskipun terdapat cerita panji Melayu, Siam dan Kemboja, tetapi perbezaannya terletak hanya pada bahasanya, sedangkan ceritanya hampir tidak berbeza daripada cerita panji Jawa.

           

SASTERAKonsep
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meskipun.

Puisi
 

Ribu-ribu ditanggung angit,
     Jatuh mari di atas batu;
Meskipun seribu bintang di langit,
     Tidak menyama adik yang satu.



Lihat selanjutnya...