Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Dewan Perdana
Kata Takrif Sumber
Estonianegara republik di timur Eropah, berhampiran Teluk Finland dan Laut Baltik, bertanah rendah dan mempunyai banyak paya, tasik dan hutan. Negara ini merdeka drp Soviet Union pd tahun 1991Kamus Dewan Perdana
El Salvadornegara republik di Amerika Tengah, berhampiran pesisir Lautan Pasifik, yg pantainya bertanah rendah tetapi berpenara di bahagian tengahnya. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1841, dan menjadi republik pd tahun 1856Kamus Dewan Perdana
Ecuadornegara republik yg terletak di Amerika Selatan, tanahnya meliputi dataran pantai Lautan Pasifik dan dipisahkan oleh banjaran dan penara pergunungan Andes yg terdiri drp hutan lembah Amazon. Negara ini merdeka drp Sepanyol pd tahun 1822 dan menjadi republik pd tahun 1830Kamus Dewan Perdana
Ethiopianegara di timur Afrika yg berhampiran Laut Merah, meliputi Lembah Great Rift, gurun, dan penara tinggi yg mempunyai banyak sungai termasuk sungai Nil Biru. Negara ini merupakan negara Afrika yg paling lama merdeka, iaitu sejak abad ke-2 SMKamus Dewan Perdana
Eritreanegara yg bersempadan dgn Sudan di bahagian utara dan barat, Laut Merah di bahagian utara dan timur, manakala di selatannya terletak negara Ethiopia dan Djibouti, rupa buminya bergunung-ganang. Pantai Laut Merahnya merupakan kawasan yg paling panas dan kering di Afrika, sementara bahagian tengahnya pula mempunyai lembah yg subur utk pertanian. Negara ini merdeka drp Ethiopia pd tahun 1993Kamus Dewan Perdana
Emiriah Arab Bersatunegara kesatuan tujuh negeri bersyeikh di Asia Barat, berhampiran Teluk Parsi, yg terdiri drp Abu Dhabi, Dubai, Sharjah, Ajman, Umm al-Qaiwan, Ras al-Khaimah, dan Fujairah, yg sebahagian besar tanahnya merupakan dataran gurun, dan gunung-ganang di sebelah timurnya. Negara ini merdeka drp British pd tahun 1971Kamus Dewan Perdana
1
Tesaurus
 
merdeka (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas;,
Kata Terbitan : memerdekakan, kemerdekaan,