Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Buku ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Baru merasa hatiku rindu, Bawa berulam si buah pauh; Baru merasa kehendak rindu, Bawa mengenang kekasih jauh.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Burung serindit di dalam perahu, Bunga bayam di dalam dulang; Hati adik merasa rindu, Kerana berjauhan dengan abang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hari ini hari Isnin, Besok hari Selasa; Kalau kerja main-main, Segala dibuat tidak merasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Orang Padang berukir-ukir, Membuat ukiran di kayu jati; Terpandang tuan sedang berfikir, Saya merasa sakit hati.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Buah-buah rotan dan batu, Jauh sejengkal dimakan angin; Apa khabar ayah bondaku, Baru merasa sejuk dan dingin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Gunung ke Anak Bukit, Singgah semalam di Bukit Pinang; Dahulu hati sakit, Sekarang hati merasa senang.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Bawal tambak bawal cermin, Ketiga dengan bawal Pak Isa; Tuan tak hendak saya tak ingin, Sama-sama tidak merasa.
1
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merasa

Puisi
 

Burung serindit di dalam perahu,
     Bunga bayam di dalam dulang;
Hati adik merasa rindu,
     Kerana berjauhan dengan abang.



Lihat selanjutnya...