PeribahasaTiang pandak hendak menyamai tiang panjang.TakrifHendak meniru-niru orang besar-besar atau orang kaya-kaya, akhirnya diri sendiri yang binasa.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaPermaisuri raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan.TakrifOrang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMenangis daun bangun-bangun hendak sama dengan ilir-air.TakrifKeinginan yang bukan tempatnya kerana hendak menyamai orang yang lebih daripada dirinya. bangun-bangun dan ilir-air = sebangsa tumbuh-tumbuhan yang hampir sama daunnya, tetapi urat daun ilir-air harum baunya.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
PeribahasaMelonjak ikan melonjak gerandang, orang melonjak dengan radai, awak melonjak dengan perut besar.TakrifOrang kecil yang hendak menyamai orang besar-besar, akhirnya perbuatannya itu menjadi tertawaan orang ramai; peri sifat orang yang angkuh.SumberKamus Istimewa Peribahasa Melayu |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamai |
|
|