Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Rumah kecil tiang seribu, Rumah besar mengisi padi; Sedang kecil menurut ibu, Sudah besar menurut laki.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Andainya tekak tak mahu makan, Usahakan cari menurut selera; Andainya awak tak tahu jalan, Jangan sekali malu bertanya.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Tangkai dilurut jangan mematah, Satu terkerat semuanya layu; Sesuai menurut Quran dan sunah, Di situlah tempat tuah Melayu.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Ramai orang naik pedati, Saya seorang berkuda tunggangan; Ramai orang menurut hati, Saya seorang dilarang jangan.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Basah kuyup orang di laut, Hujan deras ornbak melanda; Sudah cukup abang menurut, Adik berkeras habislah daya.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Bagaimana orang hendak ke laut, Bila anginnya terlalu besar; Bagaimana abang hendak menurut, Bila adinda berlaku kasar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Mari bermain si anak burung, Dayang Juita berjalan kaki; Mengenang diri tidak berkampung, Menurut saja apa akan terjadi.Kurik Kundi Merah SagaPerantauan
Kata adat disebut orang, Isinya benar diturut umum; Mata melihat mengikut undang, Telinga mendengar menurut hukum.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Asam kandis buah di hutan, Limau purut batang berduri; Tipu daya kehendak tuan, Tidak menurut rosak hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Besar dan kecil berbau wangi, Tangkai dilurut jangan mematah; Benar dan adil di situ berdiri, Sesuai menurut Quran dan sunah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
337

Love is blind

Cinta yang lebih menurut hawa nafsu berbanding kewarasan akal budi sehinggakan seseorang itu tidak nampak akan, atau tidak mahu mengakui, keburukan orang yang dikasihi.

Kasih itu roh (semangat) yang buta

She did again. She fell head over heels in love with another woman's husband. We didn't know what he saw in that man. She knew that the man was jobless and gambling seemed to be his passion. When her parents tried to stopher from seeing his useless man

Dia buat hal lagi. Kali ini dia bercinta pula dengan suami orang. Tidak tahulah apa yang menarik sangat tentang lelaki itu dari pandangan matanya. Dia menyedari bahawa kekasihnya itu penganggur dan kaki judi. Apabila orang tuanya cuba menghalang perhubungannya dengan lelaki yang tidak berguna itu, dia mengugut untuk membunuh diri. Betullah kata orang, cinta itu buta.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...