Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; ujian ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertanjak baru bertinjau.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Berjanjang naik, bertangga turun, b. Bertangga naik, berjanjang turun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bertangga naik, berjanjang turun.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berjanjang naik, bertangga turun.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Naik dari janjang, turun dari tangga, b. Naik di janjang di tangga, c. Naik tak bertangga, turun tak berpintu).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana rupa begitulah bayangnya.

Takrif

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bapa burik anaknya tentu rintik).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Naik tangga dari bawah.

Takrif

Menurut derajat (darjat) dan kedudukan masing-masing; menurut aturan yang lazim. (Peribahasa lain yang sama makna: Berjanjang naik, bertangga turun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bapa burik anaknya tentu rintik.

Takrif

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya, b. Bagaimana rupa begitulah bayangnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagaimana acuan begitulah kuihnya; bagaimana contoh begitulah gubahannya.

Takrif

Anak menurut baka bapanya; sesuatu itu menurut asalnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Corak kain mengikut kehendak penenunnya.

Takrif

Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali.

Takrif

Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dicocok orang hidungnya.

Takrif

Menurut saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Puisi
 

Ramai orang naik pedati,
     Saya seorang berkuda tunggangan;
Ramai orang menurut hati,
     Saya seorang dilarang jangan.



Lihat selanjutnya...