Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Cik Esah menuju ke pekan, Tumbuh kulat di kaki kuda; Cik Esah cik tuan pesan, Kirim surat kupinang muda.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Dari Jeram menuju ke Bentan, Singgah bermalam di Tanjung Jati; Orang karam di tengah lautan, Hamba karam di hati sendiri.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Berjalan kaki menuju ke paya, Singgah sekejap menggali cacing; Wahai tuan saya bertanya, Di mana jari menyarung cincin.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tuan kayuh orang berempat, Tuan menuju ke rumah raja; Kalau sampai di Batu Pahat, Macam menitik air mata.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Gamat-gamat menikam gamat, Hendak menuju ke Singapura; Mudah-mudahan hidup selamat, Syukurlah sampai mati berdua.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Anak itik dua sekawan, Terbang menuju ke dalam gua; Rindunya adik kepada abang, Rasa nak terbang sekarang juga.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Budak Mesir berdagang intan, Turun balai menuju ke paya; Hendak fikir memakan umpan, Bibir berkait badan tak rela.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Hendak menuju ke Pulau Deli, Buah pauh di dalam guni; Tenggelem kapal datang ke mari, Adakah kenal orang di sini.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Naik perahu belayar ke seberang, Menuju belukar menebang kayu; Bukan tak tahu zaman sekarang, Gaharu dibakar kemenyan berbau.

Sumber

Kurik Kundi Merah Saga

Puisi

Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit.
1
Puisi
 

Dari Jeram menuju ke Bentan,
     Singgah bermalam di Tanjung Jati;
Orang karam di tengah lautan,
     Hamba karam di hati sendiri.



Lihat selanjutnya...