Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Ensiklopedia ; Buku ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Kamus Dewan Perdana ; Kamus Istilah Sains Kewangan ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Khidmat Nasihat
Soalan Jawapan Jenis Soalan Tarikh Soalan
Tuan adakah ayat songsang di bawah ini gramatis 4. Kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan meningkat kenapa? mengapakah meningkat kes kemalangan jalan raya pada musim perayaan? mengapakah meningkat pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya? pada musim perayaan kes kemalangan jalan raya kenapa meningkat? pada musim perayaan kenapa meningkat kes kemalangan jalan raya? 5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malayisa. lebih digemari oleh rakyat Malaysia kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari kereta jenama Jepun iaitu Mazda rakyat Malaysia adakah ada jawapan lain untuk soalan no.5?

Gramatis bermaksud mematuhi peraturan tatabahasa. Ayat songsang juga mematuhi hukum tatabahasa tetapi bentuk ayatnya sahaja tidak seperti ayat yang lazim digunakan. Pola ayat songsang ialah predikat + subjek.

Ayat yang betul dan ayat songsang.

4. Mengapakah Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan?
  •  Kes Kemalangan Jalan Raya Meningkat pada Musim Perayaan Mengapa?

5. Kereta jenama Jepun iaitu Mazda lebih digemari oleh rakyat Malaysiia
  • Lebih digemari oleh Rakyat Malaysia, Kereta Buatan Jepun iaitu Mazda.

Walau bagaimanapun, untuk membantu anda memahami dengan lebih mendalam tentang ayat songsang tersebut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga , halaman 457. 

Tatabahasa17.06.2020
Cadangan meningkat umur persaraan dari tahun _ ke tahun atau daripada _ kepadadari _ ke _Tatabahasa06.05.2011
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ?Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur.Tatabahasa11.08.2010
Selain isu buli,seminar itu turut membincangkan tentang masalah pengangguran yang semakin meningkat.Mohon pembetulanSelain isu buli, seminar itu turut membincangkan masalah pengangguran yang semakin meningkat.Tatabahasa06.06.2015
Adakah keasalahan dalam perenggan ini? Apakah itu buli.Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka,buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan.Sejak kebelakangan ini,kes buli meningkat secara merabak dan dapat diperlihatkan pada dada akhbar.Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat.Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan.Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini?Apakah itu buli? Menurut Kamus Dewan, buli didefinisikan sebagai menyakitkan hati seseorang dengan perbuatan dan perkataan. Sejak kebelakangan ini, kes buli semakin meningkat. Isu buli turut mendapat perhatian media massa dan menjadi buah mulut masyarakat. Isu buli juga membimbangkan ibu bapa dan kerajaan. Umumnya mengapakah isu buli semakin meningkat dan apakah faktor-faktor yang menggalakkan remaja terjebak dalam isu ini?
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my) dan buku Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih.

1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas.

2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya.

Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan.

Tatabahasa23.06.2008
Taraf hidup/taraf kehidupan penduduk luar bandar telah meningkat. yang mana satu tepat? taraf hidup atau taraf kehidupan? tetamu sama tak dnegan tamu atau tamu-tamu? yang mana satu jamak? tetamu jamak ke?taraf hidup dan taraf kehidupan, kedua-duanya boleh digunakan. Manakala perkataan tetamu sama makna dengan tamu, dan sekiranya penggunaan jamak untuk tetamu kita boleh menambahkan para, semua dll. Perkataan tamu-tamu bukanlah jamak kepada tetamu.Tatabahasa22.10.2007
Yang mana betul cara penulisannya, '...meningkatkan dan mengukuhkan kemampuan' atau '...meningkat dan mengukuhkan kemampuan'? Terima kasih. 
Menurut data kami, jawapan yang sesuai ialah "... meningkatkan dan mengukuhkan kemampuan"
Lain-lain17.05.2016
Lepas perkataan berkataperlu tanda koma atau tidak perlu tanda komaContoh ayatKetua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bahawa kes di tiga negeri itu dan Labuan meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini
Penggunaan yang betul ialah tiada koma dan tukar berkata kepada menyatakan atau memaklumkan; Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menyatakan  bahawa kes di tiga negeri itu dan Labuan meningkat secara purata 2.6 peratus selama tujuh hari kebelakangan ini.
Tatabahasa16.07.2021
Adakah ayat -ayat berikut betul (dalam penggunaan daripada.....kepada) (dalam penggunaan dari.....ke) (1) Markah Bahasa Melayu telah meningkat dari 80% ke 90%. (2) Harga minyak petrol telah naik daripada RM1 ke RM1.30 seliter.Pasangan kata sendi yang betul ialah daripada...kepada dan dari...ke.Tatabahasa29.07.2014
Tesaurus
 
tingkat (kata nama)
Bersinonim dengan paras, lantai;,
Kata Terbitan : tingkat-tingkat, bertingkat-tingkat, meningkat, meningkatkan, tingkatan, peningkatan,