Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Glosari Linguistik Korpus ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Takut mengikut jalan tak beretas.

Takrif

Takut melakukan pekerjaan yang belum pernah diperbuat orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai tekukur mengikut kata.

Takrif

Anak angkat yang boleh diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkatnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Corak kain mengikut kehendak penenunnya.

Takrif

Undang-undang sesebuah negeri itu menurut keadaan pemerintahnya; pengetahuan murid menurut ajaran gurunya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bengkok batang bengkoklah bayangnya.

Takrif

Mengikut ajaran yang salah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lurus-lurus telunjuk.

Takrif

Mengikut sesuatu ajaran hanya sebentar saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan bercermin di air keruh.

Takrif

Jangan mengikut tauladan (teladan) yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Jangan berkemudi di haluan.

Takrif

Jangan terlalu sangat mengikut kata isteri.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagai langau di ekor gajah.

Takrif

Selalu mengekor (menurut, mengikut-ikut) orang yang berkuasa.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Orang menebus berpadang senang, orang diberi beroleh saja.

Takrif

Sesuatu yang menjadi milik kita dapat dibagikan mengikut sekehendak hati.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti pucuk pohon ru; ke mana ditiup angin ke situlah melentur.

Takrif

Tidak tahu berfikir sendiri, senantiasa mengikut kemahuan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Puisi
 

Basikal Jepun basikal joli,
     Dibawa di simpang tiga;
Hendak mengikut tidak berani,
     Takut ditinggal tengah jeraya.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
129

Cut your coat according to your cloth

Berbelanjalah mengikut kemampuan

Air dalam berenang; air dangkal bercebuk

We are facing a difficult moment in our lives. So, we must be prudent and cut your coat according to your cloth.

Kita kini menghadapi saat-saat sukar dalam hidup kita. Jadi, berjimat cermatlah. Air dalam berenang; air dangkal bercebuk.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...