Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Universiti Awam ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menghadapi jambar seorang-seorang.

Takrif

Tidak menghiraukan hal-ehwal orang lain. jambar = hidangan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Makan masak mentah.

Takrif

Orang yang tidak menghiraukan halal atau haram.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti lotong meniti batang kayu.

Takrif

Tidak menghiraukan keadaan di sekelilingnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Laksana kasihkan bunga seceper, terbuang bunga sekaki.

Takrif

Terlalu menghiraukan yang banyak, yang sedikit hilang di tangan. ceper = piring dan sebagainya yang tidak jeluk; sekaki = sekuntum.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Muka berpandangan, budi kedapatan, kasih bagai selama juga.

Takrif

Tiada menghiraukan perbuatan jahat, sikapnya seperti dulu juga.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Diam di laut, masin tidak; diam di bandar tak meniru.

Takrif

Tidak menghiraukan segala perubahan terutama perubahan-perubahan yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Membuat baik tiada dipuji, membuat jahat tiada dikeji.

Takrif

Hanya mementingkan dirinya saja, tanpa menghiraukan orang lain.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
hirau
Kata Terbitan : menghiraukan,