Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ensiklopedia
Tajuk Sinopsis Bidang Klasifikasi
SAFARI

Safari ialah pemburuan teratur di Afrika. Pemburu

menyertai safari untuk mengambil peluang

membunuh kerbau Cape, gajah, harimau bintang,

singa, badak sumbu, atau lain-lain haiwan buruan

yang besar. Satu perjalanan teratur untuk mengambil

foto haiwan liar juga dikenali sebagai safari.

Kebanyakan safari lamanya dari tiga hingga enam

minggu. Kebanyakannya diatur oleh syarikat safari

yang menyediakan semua bekalan dan personel yang

diperlukan.

UMUM
STRAND, PAUL

Strand, Paul (18901976) ialah jurugambar

Amerika yang membantu menjadikan fotografi

sebagai suatu seni. Strand mengambil gambar foto

yang tertumpu serta terperinci, yang memaparkan

sesuatu objek secara mudah dan tepat. Dia

menolak gaya mengambil foto yang kabur dan

terkeluar daripada fokus yang popular sewaktu

akhir tahun 1800-an.

UMUM
KLAUSA NAMAklausa yang boleh mengambil tempat kata nama.BAHASAKonsep
ROMPAKAN

Rompakan bermakna mencuri atau mengambil

wang atau barang-barang dengan segera secara

paksa atau ancaman. Rompakan merupakan satu

jenayah yang serius dan boleh dikenakan hukuman

penjara.

UMUM
DAGUERREOTAIP

Daguerreotaip ialah kaedah popular

mengambil gambar foto yang pertama.

Ia ialah sempena nama Louis J. M. Daguerre,

pencipta Perancis yang telah memperkemas

kaedah ini pada tahun 1837.

UMUM
PRASANGKA

Prasangka ialah pendapat yang terbentuk tanpa

mengambil waktu dan usaha untuk membuat

pertimbangan dengan adil. Pendapat seperti itu

mungkin baik atau tidak baik dan dibuat tanpa

mempedulikan bukti yang tersedia. Dalam rencana

ini, prasangka bererti pendapat tidak baik yang

dipegang dengan cara ini tentang anggota-anggota

suatu kumpulan sosial tertentu. Orang yang

berprasangka cenderung memutarbelitkan,

menyelewengkan, serta menyalahertikan ataupun

mengabaikan fakta yang bertentangan dengan

pendapat yang telah ditentukannya terlebih

dahulu. Umpamanya, orang yang berprasangka

mungkin percaya bahawa semua individu dalam

suatu kumpulan umur, bangsa, kumpulan etnik,

agama, seks atau wilayah sesebuah negeri itu

pemalas, kejam, bodoh, tak stabil emosinya,

ataupun tamak.

UMUM
STESEN KERETA API KUALA LUMPURTempat... kereta api berhenti dan mengambil penumpang.KEJURUTERAANKenderaan/Pengangkutan
ZAYDIYYAH

Zaydiyyah adalah sebuah jemaah Islam yang

mengambil sempena nama Zayd ibn Ali ibn al-

Husayn (79122 H/698740 M). Golongan ini

bersependapat dengan golongan Ithna Asyariyyah

(golongan syiah Imamiyyah) dalam soal bilangan

aturan imam besar mereka sehingga kepada Imam

Zayd ibn Zayn al-Abidin. Walau bagaimanapun,

mereka berpendapat bahawa Imam Zayd adalah

lebih layak menjadi imam berbanding Muhammad

al-Baqir. Kedua-dua golongan ini juga tidak

sehaluan dalam kefahaman terhadap konsep Imam

(pemimpin negara) dan tugasnya.

UMUM
KAMERA

Kamera ialah alat yang digunakan untuk

mengambil gambar atau membuat filem.

UMUM
PAM HABA

Pam haba ialah peranti yang mengambil haba

dari satu kawasan dan menghantarnya ke kawasan

lain pada suhu yang lebih tinggi.

UMUM
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...