Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Hasil Penyelidikan ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Mengambil puntung pemukul kepala.

Takrif

Kebaikan dibalas dengan kejahatan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengambil bungkalan kurang.

Takrif

Salah terima (merasa dirinya tersinggung oleh perkataan orang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Pandai mengambil otak di dalam kepala, tiada diketahui oleh tuan tubuh.

Takrif

Pandai berkata-kata; arif bijaksana.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tidak berluluk mengambil cekarau.

Takrif

Mendapat untung tidak dengan bersusah payah.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mengambil contoh kepada yang sudah, mengambil tuah kepada yang menang.

Takrif

Melakukan sesuatu pekerjaan hendaklah mencontoh teladan yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mencucup benak orang.

Takrif

Mengambil harta benda orang lain dengan kekerasan; mengambil untung daripada orang miskin dan melarat.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Mustahil tak berluluk mengambil cekarau.

Takrif

Mustahil mendapat kesenangan tanpa berusaha.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar buruk kain dipakai, asal pandai mengambil hati.

Takrif

Budi bahasa yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Menjadi apit lempang cencang galang.

Takrif

Mengambil tempat sebagai pengganti dalam sesuatu usaha yang besar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Harta orang hendak dikebas.

Takrif

Orang yang mahu mengambil harta orang lain. (Peribahasa lain yang sama makna: Harta orang hendak digalas).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengambil

Puisi
 

Ke laut mengambil lokan,
     Burung tiung memanggil anak;
Janganlah malu janganlah segan,
     Samalah kita berdagang sanak.



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
194

To fish in troubled waters

Cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kekalutan atau kesusahan orang lain demi kepentingan diri.

Menahan lukah di pergentingan

The two nations were on the brink of war, and the big powers did nothing even though they could stop them. They hoped to fish in troubled waters by selling their weapons to the nation in conflict.

Dua buah negara itu diambang peperangan, dan kuasa-kuasa besar pula hanya berpeluk tubuh meskipun mereka boleh menghalangnya. Mereka berharap untuk menahan lukah dipergentingan dengan menjual senjata kepada Negara terbabit.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...