Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Artikel ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Kerajaan Malaysia ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Kamus Bahasa Melayu Kamus Bahasa InggerisBahasa Sukuan v2.0Glosari Leksikal Bahasa SukuanDaftar Rumi-Jawi(Beta)
Kata Takrif Sumber
mengakui1 mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2 menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengakui1. mengaku akan (kesalahan dll): ia ~ segala kesilapannya; 2. menganggap sbg sah atau sesungguhnya ada (berlaku dsb), mengiktiraf: Amerika dan Jepun telah ~ Malaysia; 3. menyatakan berhak ke atas: jangan kamu ~ ini kepunyaan kamu; 4. me­ma­suki (bkn syaitan, jin, dll): sakit diakui jin;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengakui1. mengaku akan; menyatakan sesuatu sbg benar: Pemuda itu telah ~ segala kesalahannya. 2. menerima sbg sah; membenarkan: Kerajaan Malaysia telah ~ kerajaan Bangladesh.Kamus Pelajar
asyhaduAr saya mengakui (percaya, yakin); ~ an lailahaillallah saya mengakui tiada Tuhan yg lain melainkan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
iktiraf; mengiktiraf 1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai; pengiktirafan 1. perihal mengiktiraf (status, kedudukan, dsb sesuatu), pengakuan: ~ bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan diasaskan kpd perjalanan sejarah negeri ini sendiri; 2. perihal menerima (mengakui) dan menghargai, pengakuan dan penghargaan: mungkin bagi sesetengah kategori pekerja, ~, pujian, dan sanjungan ini sudah cukup memuaskan.Kamus Dewan Edisi Keempat
pengakuan1. perihal (perbuatan, pernya­taan) mengaku atau mengakui: dia telah mem­buat ~ bahawa dia telah melakukan kesalahan; ~ iman perihal mengakui bahawa seseorang itu percaya pd Allah; surat ~ hutang surat yg menyatakan bahawa seseorang berhutang; 2. pengesahan, pengiktirafan; mendapat ~ mendapat pengesahan.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengiktiraf1. menerima atau mengakui: Malaysia tidak akan ~ kemerdekaan sesebuah negara yg tidak berperlembagaan; satu usul mendesak kerajaan supaya ~ pelajaran trengkas kebangsaan sbg satu mata pelajaran di sekolah menengah; 2. mengakui serta memberikan atau menunjukkan penghargaan kpd, menerima dan menghargai;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengesahkan1. mengakui bahawa sesuatu benar, membenarkan: beliau ~ ia akan ber-ada di Tokyo selama empat hari; pem-buangan kamu telah disahkan oleh ketua pejabat; 2. memastikan, menetapkan: kematian anak dlm kandungan itu dapat disahkan dgn gambar X-ray; 3. mengakui (dokumen, cek, perjanjian dsb) sah dgn menurunkan tanda-tangan dsb: Presiden Mahkamah Syariah boleh ~ saman itu utk disampaikan kpd pihak berkenaan;Kamus Dewan Edisi Keempat
nafiAr 1. penolakan, penyangkalan; 2. tidak mahu (mengaku, menurut, dll), ingkar; menafikan tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; tidak ~ mengakui, menerima (kebenaran, kenyataan, kewujudan, dsb sesuatu); penafian perihal (perbuatan dsb) menafikan, penyangkalan: misalnya, imbuhan awalan Inggeris a-, in-, im-, un-, ab-, an-, ir-, dis-, non, semuanya membawa fungsi yg sama iaitu ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
percaya1. = ~ akan (kpd) mengakui (meneri­ma, yakin) akan benarnya (adanya dll) sesuatu: ~lah kata-kataku, aku tidak bercakap bohong; orang Islam wajib ~ kpd Allah dan Rasul-Rasul serta pengajaran mereka; 2. = ~ akan (kpd) yakin atau berasa pasti (akan kebaikan, kejujuran, dll orang), pasti dapat berbuat se­suatu (akan terhasilnya sesuatu): aku ~ kpd kau, aku tahu bahawa kau jujur; ia ~ cita-citanya akan tercapai; undi tidak ~ undi (dlm mesyuarat, parlimen, dll) utk menyatakan tidak yakin akan kebolehan atau kejujuran dll seseorang (sesebuah parti) yg berkuasa; ~ angin lalu percaya kpd kata-kata atau khabar yg belum pasti benar atau tidaknya; mempercayai 1. mengakui atau yakin akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, menerima sbg benar kata-kata dll orang: ia tidak ~ segala kata dan keterangan perempuan itu; senapang tersebut dipercayai telah dicuri drpd seorang pengawal kampung; 2. menganggap atau berasa pasti bahawa seseorang jujur (baik, amanah, dapat diharap, dll): datuk penghulu itu seorang yg dipercayai dan dihormati oleh orang kampungnya; percaya-mempercayai saling mempercayai: perasaan tidak ~ antara satu sama lain; mempercayakan menyerahkan atau mening­galkan dgn sepenuh keyakinan (supaya dijaga dll), mengamanatkan: tanah dan rumah yg baru dibelinya itu dipercayakan kpd orang yg menyewa rumahnya; kepercayaan 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemilik­nya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (ju­jur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya; berkepercayaan mempunyai kepercayaan; ketidakpercayaan perihal (atau keadaan) tidak percaya: telah timbul ~ terhadap gaya kehidupan wanita cara lama di kalangan wanita yg berkenaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengakui