Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Panduan ; Perkhidmatan ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Multimedia ; Jurnal ; Pengesahan Bahasa ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ; Istilah Sains Kewangan ; Domain_Fik ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Menerima panjang tangan, menghulur sekali belum.

Takrif

Orang yang hanya mahu menerima saja, tetapi tidak mahu memberi.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang memberi tangan di atas, yang menerima (= meminta) tangan di bawah.

Takrif

Biasanya orang yang memberilah yang tinggi cakapnya daripada orang yang menerima.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Lading tajam sebelah.

Takrif

Selalu mahu menerima pemberian, tetapi segan memberi. lading = sebangsa perang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Dalam menunduk dia menyonggeng.

Takrif

Lahirnya dia menerima dengan baik, tetapi hatinya sendiri membantah. songgeng (menyonggeng) = tonggeng.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Longgar sendat, lapang bertukul.

Takrif

Berpura-pura menerima kebenaran, padahal sedikit pun tidak dimasukkan ke dalam ingatannya. (Bandingkan dengan: Masuk ke telinga kanan, keluar ke telinga kiri).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang mencencang memampas.

Takrif

Yang berbuat salah harus menerima hukuman. (Bandingkan dengan: Mencencang memampas, membunuh membangun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tangan mencencang (= memetik, menetak), bahu memikul.

Takrif

Yang bersalahlah yang menerima hukuman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sepuluh batang bertindih, yang di bawah juga yang luluh = terhimpit.

Takrif

Biarpun banyak menerima pertolongan orang pada waktu peralatan kahwin tetapi yang menanggung kerugian ialah orang yang mengadakannya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Enggang lalu atal jatuh, anak raja (mati) ditimpanya.

Takrif

Lain yang bersalah, lain yang menerima hukuman. atal = buah kayu makanan enggang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Yang bungkuk (bongkok) juga dimakan sarung.

Takrif

Yang bersalah juga yang akan menanggung dosanya (menerima hukumannya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
 
terima
Kata Terbitan : menerima, penerimaan, penerima,

Puisi
 

Kalau memanah burung helang,
     Bolehkah tidak dia mengena;
Kalau kakanda datang meminang,
     Adakah adinda sudi menerima?



Lihat selanjutnya...
Peribahasa
218

It's better to give than to receive

Berbuat baik kepada orang lain merupakan amalan mulia dan lebih baik daripada menerima pemberian atau kebaikan orang lain.

Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima

Believing that it's better to give than to receive, they donated half of their earnings to the needy.

Berpegang pada tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima, mereka mendermakan separuh daripada pendapatan mereka kepada orang yang susah.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu



Lihat selanjutnya...