Kata |
Takrif |
Sumber |
menegak | menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menegak | 1. lurus ke atas, tidak condong atau miring: sesuatu garisan itu ~ jika ia menghala ke pusat bumi ini; 2. bergerak dr satu tangga gaji dlm sesuatu peringkat ke peringkat yg lebih tinggi dlm tangga yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menegak | menjadi tegak (lurus ke atas): Anak pokok yg baru akan tumbuh ~ dr mata tunas. | Kamus Pelajar |
silinder(cylinder) | Jumlah turus menegak yang merujuk jejak pada piring cakera keras. Turus ini boleh dicapai tanpa menggerakkan kepala pembaca secara menegak. Setiap permukaan cakera atau piring cakera yang memegang data dianggap sebagai satu silinder. | Kamus Komputer |
mendatar | 1. (seakan-akan) rata: padang yg ~; 2. selari dgn permukaan bumi, melintang (tidak menegak atau lurus ke atas): garis ~; 3. bergerak dr satu tangga gaji ke satu tangga yg lebih tinggi dlm peringkat yg sama dlm Sistem Saraan Baru (bkn pergerakan gaji kakitangan perkhidmatan awam kerajaan Malaysia): ada empat kaedah pergerakan gaji bagi seseorang anggota, iaitu secara melintang, menegak, ~ atau statik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mobiliti menegak | perubahan kedudukan individu atau kumpulan dlm sesuatu masyarakat dr segi kelas, kekuasaan, status dsb; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rakaman menegak(vertical recording) | Teknik merakamkan data pada bahantara storan dengan menindan bit data di atas satu sama lain berbanding dengan cara biasa yang merakamkan bit secara berdampingan. Kaedah ini membolehkan lebih banyak data disimpan dalam storan. | Kamus Komputer |
penyepaduan menegak(vertical integration) | Penyepaduan yang dilakukan untuk meningkatkan sistem yang sedia ada dengan menggunakan sistem yang lebih baru atau yang lebih berkuasa tinggi daripada sistem yang sedia ada. | Kamus Komputer |
penatalan menegak(vertical scrolling) | Proses menggerakkan paparan kandungan sesuatu dokumen ke atas atau ke bawah tingkap paparan mengikut pilihan pengguna. | Kamus Komputer |
pemikiran menegak(vertical thinking) | Cara berfikir yang digunakan dalam sistem cerdas yang membina kesimpulan, bermula dengan satu fakta dan kemudian disokong atau dibidas oleh fakta lain yang diperoleh secara berjujukan mengikut masa. | Kamus Komputer |
Kata |
Takrif |
Sumber |
for | b. (horizontal distance), [not translated], sejauh; (when distance is specified) sejauh: the plain stretched ~ hundreds of miles, dataran itu terbentang beratus-ratus batu; the river runs ~ twenty miles before it reaches the sea, sungai itu mengalir sejauh dua puluh batu sebelum bertemu dgn laut; c. (vertical distance) setinggi, tingginya: the white cliffs rise steeply out of the sea ~ at least 100 metres, cenuram putih itu menegak sekurang-kurangnya setinggi 100 meter; 6. in support, favour of, menyokong: he was neither ~ nor against the proposal, dia tdk menyokong dan juga tdk menentang cadangan itu; three cheers ~ so., tiga sorakan untuk sso; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
vertical equity | ekuiti menegak | Ekonomi | Tiada | Prinsip kesaksamaan atau keadilan dalam menanggung beban cukai. Mengikut ekuiti menegak, pembayar cukai yang mempunyai pendapatan atau kekayaan (sebagai ukuran kemampuan membayar cukai) yang berbeza, patut membayar cukai yang berbeza. Misalnya, orang yang berpendapatan RM50 000 setahun patut membayar cukai yang lebih banyak daripada orang yang berpendapatan RM20 000 setahun. Sinonim kesaksamaan menegak, keadilan menegak. |
vertical soak diffusion | peresapan rendaman menegak | Buluh | Tiada | Kaedah mengawet buluh secara konvensional dengan meletakkan buluh pada kedudukan menegak. Buluh perlu ditebuk pada bahagian buku bagi membolehkan larutan bahan pengawet dituang ke dalam buluh. |
tax equity | ekuiti cukai | Ekonomi | Tiada | Agihan yang adil terhadap beban cukai. Ekuiti cukai boleh dilihat daripada dua aspek, iaitu ekuiti cukai menegak dan ekuiti cukai mendatar. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan bebas cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai menegak, agihan beban cukai berbeza mengikut kemampuan pembayar cukai, iaitu berdasarkan faktor seperti pendapatan dan kekayaan. Mengikut ekuiti cukai mendatar pula, agihan beban cukai adalah sama bagi golongan yang berkemampuan yang sama walaupun punca pendapatan mereka berlainan. |
heave | lambung | Sains Marin | Tiada | 1. Turun naik ombak atau laut secara menegak. 2. Pergerakan pembauran kapal atau bot mengikut paksi menegak. 3. Pergerakan bersih bagi jisim terapung yang terhasil daripada tindakan ombak. |
bracket | sandaran seni peningkapan sandaran | Kesenian | Hiasan Dalaman | Struktur mudah berbentuk L terbalik bersudut 90 darjah tepat (tegak). Di sebelah yang menegak dilekatkan pada permukaan yang menegak, manakala bahagian yang melintang akan menyokong atau membawa beban di atasnya. Pada sesetengah sandaran dibentuk pelbagai dekoratif yang menarik. |
plush | plush | Kesenian | Hiasan Dalaman | Permukaan atas tekstil atau benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat, dipotong mengikut kaedah pail atau nap yang menyerupai baldu atau fustian. Tenunan atau tekstil daripada benang bulu yang ditenun secara menegak dan padat yang dipotong mengikut kaedah pail atau nap. Plush digunakan secara meluas untuk upholsteri, perabot serta digunakan untuk membuat pakaian dan topi. Plush moden dihasilkan daripada serat tiruan seperti poliester atau rayon. Plush berasal daripada perkataan Perancis iaitu peluche. |
vertical organization | organisasi menegak | Pentadbiran | Tiada | Struktur pentadbiran sesebuah organisasi yang mempunyai hierarki yang ketat dengan kuasa yang berpunca daripada pihak pengurusan atasan hingga ke bawah. |
vertical community | komuniti menegak | Sosiologi | Tiada | Tiada |
vertical community | komuniti menegak | Sosiologi | Tiada | Tiada |
vertical community | komuniti menegak | Sosiologi | Tiada | Komuniti daripada pelbagai penyewa yang mendiami setiap tingkat berbeza di sesebuah bangunan dan bekerjasama mencapai kesejahteraan bersama. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
giyak | kayu yang dipasang menegak untuk menguatkan dinding perahu | - | - | - | - | - | Binaan Pengangkutan dan Idea Berasosiasi | Kenyah -> Cebup |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
changgai, changgak changgai-changgai, changgak- changgak | tegak; menegak | Iban | |
jerajek | beroti: ~ pekedeng menyabuong kapei jegem litun beroti menegak antara peran dgn jeriau atau bendul. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
bara-ara Ib | garisan menegak. | Nama dan jenis kain tenunan yang dibuat untuk kegunaan lelaki ialah seperti labung, paiya ekor cawat, kain belantan dan sementing. Pakaian perempuan yang ditenun ialah seperti kain pendek, baju tabor, baju bara-ara dan pua kumbu. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sompoton MSb | sejenis alat muzik bagi suku kaum Kadazan dan Murut. Ia diperbuat daripada 8 batang pipa bambu dan sebiji labu kecil yang dikeringkan dan dipotong tepinya. Bahagian atas biji labu dikorek untuk meletakkan lapan batang bambu secara menegak yang seterusnya dilekatkan (bambu) dengan gam lebah. Manakala bahagian hujung lengkongan bambu itu ditebuk sebagai tempat meniup. Ia dimainkan dengan cara menutup hujung tiga pipa menggunakan tiga jari kanan dan tiga jari kiri. Seterusnya ia ditiup oleh seseorang untuk menghasilkan irama. | Sompoton merupakan salah satu daripada alat-alat muzik tradisional yang paling digemari sejak dahulu lagi sehingga kini. Namun pada masa kini, pembuat-pembuat sompoton semakin hari semakin berkurangan. | Alat-alat Muzik Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb yang dicampurkan ke dalam minyak petroleum. (BIO) advection (alir lintang) Pemindahan sifat jisim udara oleh medan halaju atmosfera. Dalam hal tertentu perhatian mungkin ditumpukan pada komponen gerakan itu mendatar atau menegak. Walau bagaimanapun, istilah ini biasanya digunakan untuk menun - jukkan pemindahan mendatar sahaja. (HID) advective thunderstorm (ribut petir alir lintang) Ribut petir yang disebabkan oleh ketakstabilan statik yang dihasilkan oleh alir antara angin sebenar dengan angin geostrofi. Angin ageo- strofi ini juga disebut lencongan geostrofi atau sisihan geostrofi. Angin ageo- strofi sangat penting dan berkaitan dengan penumpuan dan pencapahan, dan gerakan menegak di atmosfera seperti angin isalobar. Komponen ageostrofi juga terdapat dalam angin permukaan dan angin gradien. Angin ageostrofi sangat penting dan berkait dengan penumpuan dan pencapahan dan gerakan menegak di atmosfera
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
menegak | [me.ne.ga/] | منݢق |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
keratan membujur | longitudinal section | Keratan sesuatu bahan secara menegak. Lihat Rajah | Menengah Atas |
akar tunjang | tap root | Akar utama pada tumbuhan yang disertai dengan akar sisi di sekelilingnya. Akar ini tumbuh menegak ke dalam tanah dan berfungsi untuk menegapkan kedudukan pokok. Contohnya, akar pokok bunga raya. Lihat Rajah | Menengah Rendah |
leraian daya | resolution of force | Proses yang membolehkan satu daya tunggal boleh diceraikan kepada dua komponen, iaitu komponen mendatar dan komponen menegak. | Menengah Atas |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
lajur | column | Susunan menegak dalam suatu jadual. Contohnya, A, B, C termasuk dalam lajur pertama bagi jadual di bawah. Lihat Contoh | Menengah Rendah |
pelan tegak | elevation | Lakaran menegak objek yang dipandang dari sisi tertentu. Pelan tegak dikenali juga sebagai dongakan. Lihat rajah | Menengah Atas |
paksi mencancang | vertical axis | Paksi yang menegak dalam graf. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
paksi | axis | Garis yang melintang atau menegak untuk menanda maklumat, ukuran atau nilai pada graf. | Sekolah Rendah |
garis mencancang | vertical line | Garis lurus yang menegak. | Menengah Rendah |
lajur | column | Susunan nombor atau benda secara menegak. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
serong | oblique | Perihal garis sendeng atau objek yang tidak menegak atau tidak mengufuk. Lihat rajah | Menengah Atas |
serong | oblique | Perihal garis satah atau objek yang tidak menegak dan tidak melintang. | Menengah Rendah |
abakus | abacus | Alat mengira berbentuk bingkai, mempunyai batang kayu atau besi menegak dan manik yang boleh digerak-gerakkan. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
bentuk lazim | vertical form | Cara menulis nombor dalam operasi tambah, tolak, darab, dan bahagi secara menegak. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
|
Puisi |
---|
|
Berapa dalam lubuk Inggeris, Saya berani menebar jala; Berapa tajam pisau dan keris, Saya berani menegak dada.
Lihat selanjutnya... |
|