Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Peribahasa ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Mendengar beruk jatuh berdebab, Banyak belalang pergi berbaris; Mendengar beruk bermain rebab, Banyaklah orang duduk menangis.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bagaimana tempua tidakkan palak, Mendengar kera terkentut-kentut; Bagaimana telinga tidakkan pekak, Mendengar mentua merungut-rungut.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dibilang kata disebut adat, Siapa mendengar tentulah faham; Orang pendusta mulut berulat, Nama tercemar laku pun kejam.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Alangkah sayu hati di dalam, Mendengar guruh dayu-mendayu; Abang merayu siang dan malam, Gementar tubuh menahan rindu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Berlari-lari kuda di pantai, Mendengar babi mendendang sayang; Berkali-kali celana terburai, Dikejarbini berparang panjang.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Sudah lama kami menebang, Tidak mendengar tumbang kayu; Sudah lama kami memandang, Tidak menengok abang lalu.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Rebab berbunyi dayu-mendayu, Siapa mendengar pilulah hati; Sedaplah hati hamba menunggu, Dinda kudengar mahu berjanji.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Kalau meniup seruling bambu, Gembira hati orang mendengar; Kalau hidup saling membantu, Tiada lagi orang terlantar.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Kalau berkitab membaca syair, Banyaklah orang datang mendengar; Kalau bercakap tidak berfikir, Banyaklah orang banyak bertengkar.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tabuh gendang bunyi bertalu, Penuh tumpat orang mendengar; Sungguh malang nasib diriku, Janji dibuat dan abang langgar.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.



Lihat selanjutnya...