Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Buku ; Multimedia ; Jurnal ; Kerajaan Malaysia ; Novel ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti itik mendengar guntur.

Takrif

Mengharapkan keuntungan yang belum tentu diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Kerana mendengar bunyi.

Takrif

Terpedaya kerana mendengar berita baik saja.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Biar jadi telinga tempayan, jangan jadi telinga kuali.

Takrif

Lebih baik mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kebaikan daripada mendengar dan menurut ajaran yang membawa kepada kesusahan.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai mestika embun.

Takrif

Mendengar nasihat yang baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai menelan mestika embun).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai menelan mestika embun.

Takrif

Mendengar nasihat yang baik.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Berkata siang melihat-lihat, berkata malam mendengar-dengar.

Takrif

Jika hendak membicarakan sesuatu, harus berhati-hati jangan sampai menyinggung perasaan orang. (Bandingkan dengan: Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti telinga kuali.

Takrif

Tiada mahu mendengar nasihat orang.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bagai si pekak tertanya-tanya.

Takrif

Sangat ingin mendengar khabar.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Takrif

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Umpama memerah nyiur, santan diambil hampas dibuang.

Takrif

Mendengar nasihat orang, pilihlah yang baik dan buanglah yang buruk.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendengar

Puisi
 

Pokok nyiur pokok pinang,
     Pokok dedap pohon pandan;
Bila mendengar adik bertunang,
     Abang di sini tak sedap badan.



Lihat selanjutnya...