Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Novel ; Dialek ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Pantun
Pantun Sumber Tema
Yang mustahil memeluk gunung, Kecuali gunung bercabang dua; Orang kiri duduk termenung, Hati bingung mengenang belanjaKhazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Niat hati memeluk gunung, Apa daya tangan tak sampai; Berat hati hendak berkunjung, Hidupku papa badan tergadai.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Memegang sumpah mati pun mahu, Memeluk amanat pagi dan petang; Pantang memfitnah memberi malu, Menokok sahabat dari belakang.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Gelaklah beruk mencabut kunyit, Mahu digigit terasa mual; Hendak memeluk perutnya buncit, Mahu mencubit kukulah tanggal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana orang hendak menumbuk Lesungnya saja tidak beralu; Bagaimana abang hendak memeluk, Dipandang saja adik tak mahu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Asap tinggi ngulung-ngulung, Anak buaya menggonggong bangkai; Harap hati nak memeluk gunung, Apakan daya tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Anak buaya pergi bertenung, Singgah ke lubuk memakan bangkai; Hendak hati memeluk gunung, Gunung dipeluk tangan tak sampai.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Orang hulu membeli badik, Badik dicuci lalu disental; Tidur malam mimpi memeluk adik, Bila kujaga kulihat bantal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hitamlah hitam bergigi emas, Duduklah dia pandai berlawa; Sajalah hitam dipeluk kemas, Seperti memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Asuklah hitam bergigi emas, Ekor dia lilit ke sawa; Tubuhnya hitam kupeluk kemas, Rasa memeluk intan gemala.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
1
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.



Lihat selanjutnya...