Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Novel ; Dialek ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai.

Takrif

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Niat di hati hendak memeluk gunung, sudah terpeluk biawak celaka (= sial).

Takrif

Berhajat kepada sesuatu yang baik, tiba-tiba yang buruk pula diperoleh.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Seperti bulan dimakan rahu.

Takrif

Memeluk kekasih dengan asyik sekali. rahu = ular naga yang dipercayai menyebabkan gerhana bulan (matahari).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Niat hati nak peluk gunung, apakan daya tangan tak sampai.

Takrif

Ingin akan sesuatu yang besar tetapi tidak berdaya mencapainya, kerana kekurangan alat. (Peribahasa lain yang sama makna: Maksud hati memeluk gunung, apa daya tangan tak sampai).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
peluk
Kata Terbitan : berpeluk, berpelukan, berpeluk-pelukan, memeluk, pelukan, pemeluk,

Puisi
 

Anak buaya pergi bertenung,
     Singgah ke lubuk memakan bangkai;
Hendak hati memeluk gunung,
     Gunung dipeluk tangan tak sampai.



Lihat selanjutnya...