Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Khidmat Nasihat ; Dialek ; Pantun ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa MelayuPeribahasa Inggeris Melayu

Peribahasa

Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga.

Takrif

Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Untung melambung, malang menimpa.

Takrif

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan.

Takrif

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Untung melambung, malang menimpa).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Tuah sebesar bukit, celaka sebesar gunung.

Takrif

Mendapat kemalangan silih berganti. (Peribahasa lain yang sama makna: Tuah melambung tinggi, celaka menimpa badan).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya.

Takrif

Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga, b. Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Setinggi-tinggi terbang bangau, hinggap di belakang kerbau juga.

Takrif

Selalu kembali ke tempat asalnya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sebagaimana tangan di lenggang, ke ketiak juga lekatnya, b. Setinggi-tinggi melambung surutnya ke tanah juga).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
lambung
Kata Terbitan : melambung, terlambung-lambung,

Puisi
 

Tanjung jati melambung pukat,
     Buluh perindu tidak berdahan;
Sayu hati memandang tempat,
     Hati rindu tidak tertahan.



Lihat selanjutnya...