Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat-ayat berikut betul? 1. Adam berlari ulang-alik sambil menyentuh skital. 2. Adam menyentuh skital sambil berlari ulang-alik. 3. Siti dan Mimi melambung dan menyambut bola sambil berlari. 4. Siti dan Mimi berlari sambil melambung dan menyambut bola. 5. Lukisan yang dipamerkan itu cantik-cantik belaka. terima kasih. | Ayat pertama hingga ayat keempat betul, manakala ayat kelima perlu diperbetulkan menjadi Lukisan yang dipamerkan itu cantik belaka. | Tatabahasa | 27.03.2012 |
Mengapa unsur lewah dalam bahasa Melayu dianggap satu kesalahan tatabahasa sedangkan kelewahan tertentu amat diperlukan dalam konteks penggunaan ayat. Contohnya: 1. berjalan kaki 2. naik ke atas 3. meningkat naik 4. melambung tinggi 5. jatuh ke bawah 6. kawad kaki | Lewah bukanlah suatu kesalahan tetapi penggunaan salah satu daripadanya telah melengkapkan ayat. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
"Dinamik Melonjakkan Keunggulan Kompetitif" Gramatis dan sesuai atau tidak slogan ini. Terima kasih. | Ayat yang lebih sesuai ialah "Kedinamikan Memacu Keunggulan" atau "Kedinamikan dan Kompetitif Memacu Keunggulan" Perkataan melonjakkan adalah kurang sesuai kerana membawa maksud seperti yang berikut: melonjak: 1. melompat ke atas (dgn keduadua belah kaki) utk mencapai sesuatu: ia ~ hendak memetik buah itu; 2. melambung (bola dll): raksa dlm buli-buli itu akan mengembang dan ~ keluar ke dlm batang jangka suhu; 3. ki bercakap sombong, menyombong; cakap ~ cakap besar (meninggi); 4. ki bertambah (tinggi dll): pd masa kekasihnya tiba itu perasaan gembiranya ~; melompat naik, meningkat naik dgn tiba-tiba (harga dll): harga getah ~ naik kerana bekalan getah sangat kurang; dr kerani dia ~ jadi pegawai daerah; harap hendak ~, kopiah pesuk prb kerana hendak hidup mewah habis terjual harta benda; (Kamus Dewan Edisi Keempat) | Tatabahasa | 12.10.2019 |
|
Puisi |
---|
|
Tanjung jati melambung pukat, Buluh perindu tidak berdahan; Sayu hati memandang tempat, Hati rindu tidak tertahan.
Lihat selanjutnya... |
|