Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. pembangunan mapan atau pembangunan mampan ? 2. penulis mapan atau penulis mampan ? 3. ekonomi mapan atau ekonomi mampan ? | Perkataan mapan bermaksud tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum atau mantap. Mampan bermaksud mampu terus berkembang dan mencapai tahap prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). Oleh itu: 1. pembangunan mampan, 2. penulis mapan, 3. ekonomi mampan. | Makna | 05.09.2010 |
Apa beza antara mampan dengan mapan | Mapan bermaksud tidak berubah-ubah atau mantap, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya). | Makna | 19.09.2011 |
Pohon sahkan mana perkataan yang betul untuk digunakan; mapan atau mampan | Kata mapan dan mampan, kedua-duanya betul. Mapan bermaksud mantap dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah establish, manakala mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dan padanan dalam bahasa Inggeris ialah sustainable. | Istilah | 09.09.2011 |
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih. | 1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks. 2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..." 3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia. | Makna | 09.07.2009 |
maaf atas kesilapan sebelum ini.. sy cuba mencari perbezaan antara MAPAN dan MAMPAN. di dalam kamus hanya terdapat perkataan MAPAN sahaja. mohon bantuan dari pihak tuan | Mapan bermakna sudah mantap atau kukuh, manakala mampan bermakna mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi (berkenaan dengan bidang ekonomi dan pembangunan). | Makna | 20.07.2008 |
APAKAH PERBEZAAN MAKSUD ANTARA PERKATAAN MAMPAN DAN MAPAN? YANG MANA SATU DIGUNAKAN UNTUK KONTEKS PEMBANGUNAN (SUSTAINABLE DEVELOPMENT)? PEMBANGUNAN MAMPAN? ATAU PEMBANGUNAN MAPAN? | Mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan dan bahasa Inggerisnya ialah sustainable, manakala mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah atau sudah kukuh atau teguh (bahasa Inggerisnya established). Oleh itu sustainable development ialah pembangunan mampan. | Makna | 08.10.2009 |
Salam Saya ingin bertanya penggunaan ayat mana yang sesuai dan betul: 1)Pemupukan khalifah global MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau 2)Pemupukan khalifah global YANG MAPAN/MAMPAN menerusi program surau hijau | Dalam Kamus Dewan,mampan bermaksud mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik (http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mampan) manakala perkataan mapan pula bermaksud tidak berubah-ubah (sudah diterima umum), mantap: mengikut tafsiran yang mula mantap dalam kalangan budayawan kita di sini, budaya tinggi ialah budaya ilmu, pemikiran, dan teknologi; 2. sudah kukuh (kedudukannya), tidak goyah (sudah stabil, teguh, dikenali, dsb): penulis baru akan banyak belajar daripada penulis yang sudah mapan; hasil ciptaan pengarang yang sedia mapan. (mapan" style="font-size: 16px;">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mapan). | Tatabahasa | 23.04.2020 |
Maksud dan perbezaan terperinci antara mapan dan mampan. Bagaimana cara penggunaan mengikut kesesuaian | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) takrifan bagi kata mampan dan mapan adalah seperti yang berikut: mampan kata adjektif (berkenaan ekonomi, pembangunan dan sebagainya) mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik dalam jangka masa yang panjang. Contoh penggunaan: Sektor swasta dan pihak berkuasa tempatan bekerjasama merancang dan mengurus kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan. mapan kata adjektif 1 (berkenaan teori, budaya dan sebagainya) tidak berubah-ubah dan sudah diterima umum. Contoh penggunaan: Kajian ilmiah mestilah dilakukan berdasarkan kerangka kerja atau teori yang mapan. 2 (berkenaan kedudukan, ekonomi dan sebagainya) baik dan stabil. Contoh penggunaan: Perpaduan antara kaum perlu dipupuk untuk menjamin perkembangan ekonomi yang mapan. 3 (berkenaan suara, tulisan, lakonan dan sebagainya) mantap dan sukar untuk dicari kelemahannya. Contoh penggunaan: Sesebuah lagu itu mestilah menggunakan bahasa dan susunan lirik yang mapan. Pemerian makna adalah berdasarkan konteks penggunaan kata tersebut. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk kamus terkini terbitan DBP. | Makna | 12.01.2024 |
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan" | Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh. | Ejaan | 18.01.2008 |
pohon DBP beri pengesahan sama ada "sustainable development" diterjemahkan sebagai "pembangunan mapan" atau "pembangunan mampan". dengan memberikan contoh tertentu, apakah perbezaan antara "mapan" dan "mampan". TK | Yang betul ialah pembangunan mampan, iaitu pembangunan yang mampu mengekalkan pencapaian atau prestasi yang baik. | Makna | 12.06.2008 |