Kata |
Takrif |
Sumber |
gajah | 1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi kehidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pematah | 1. pepatah, bidalan; 2. sesuatu yg dipakai utk mematahkan; (doa, mantera) ~ lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantera | kata atau ayat yg apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll), jampi; membaca ~ mengucapkan mantera; bermantera telah dimanterai; memanterai mengenakan mantera pd: Pak Sairun sedang ~ anaknya; memanterakan membaca mantera utk sesuatu supaya dapat menimbulkan kuasa ghaib (utk menyembuhkan penyakit dll): maka Hajuman pun dlm antara buyung yg banyak itu dimanterakannya sebuah buyung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
(doa, mantera) pematah | lidah mantera utk membuat orang tidak boleh berkata-kata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mantera | kata-kata yg diucapkan utk mendapatkan sesuatu dgn kuasa ghaib; jampi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
hobat | = hobatan sl jampi, guna-guna, mantera, sihir; orang ~ orang yg pandai mempergunakan jampi (guna-guna, mantera, sihir, dll); menghobatkan menjampi, memanterai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jampi | kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
jampi | kata-kata tertentu atau mantera yg diucapkan utk mendatangkan kesaktian (spt dpt menyembuhkan penyakit dll). menjampi membaca kata-kata tertentu atau mantera utk memberi kesaktian kpd sesuatu: Dukun itu sudah ~ air ini. | Kamus Pelajar |
memuja | 1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara tertentu: Ada kaum kafir yg ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dpt dikuasai. 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wang terlalu sangat mementingkan wang. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
puja | ; memuja 1 menghormati dewa-dewa dll dgn mengadakan upacara tertentu: Ada kaum kafir yg ~ berhala dan ada pula yg ~ matahari. 2 membaca mantera atau jampi utk mendapatkan sesuatu: ~ buaya membaca mantera supaya buaya dpt dikuasai. 3 memuliakan atau menghormati sesuatu berlebih-lebihan; menyanjung; mencintai: ~ wang terlalu sangat mementingkan wang. pujaan sesuatu yg dipuja: gadis ~ gadis yg amat dicintai; penyanyi ~ penyanyi yg disukai ramai. pemujaan 1 hal atau perbuatan memuja. 2 tempat memuja (spt kuil). pemuja orang yg memuja: ~ berhala; ~ matahari. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
spell 2 | 2. words having magical power, mantera, jampi, serapah: the witch doctor recited a ~ over him, bomoh itu membaca mantera padanya; she had learnt the ~s from her grandmother, dia mempelajari mantera itu drpd neneknya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
incantation | n 1. chanting of magical words in casting spell, membaca mantera, menyerapah, menjampi; 2. words, formula so chanted, mantera, serapah, jampi. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
charm | n 1. magical formula, act, jampi, mantera, sihir; work like a ~, betul-betul berhasil: his gentle persuasion worked like a ~, pujukannya yg lembut itu betul-betul berhasil; 2. thing worn to avert evil, tangkal; 3. attractiveness, daya tarikan: the ~ of Mozarts music, daya tarikan muzik Mozart; a woman of great ~, wanita yg mempunyai daya tarikan yg hebat; 4. (in pl) sexual attractiveness, daya tarikan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
invocation | n 1. prayer, doa; 2. incantation, mantera, jampi; 3. act of, a. (calling on God, deity for help, etc) berdoa kpd [Tuhan, dewa]; b. (appealing to a Muse for inspiration in poem) pemujaan, memuja: ~ to the Muses, memuja Dewi-Dewi Seni; c. (summoning spirit etc by incantation) penyeruan, menyeru. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
hocus-pocus | n 1. trickery, sunglap, silap mata: a magicians ~, sunglap ahli sihir; theres a lot of ~ in their politics, terdapat banyak silap mata dlm politik mereka; 2. incantation used by magicians, mantera, jampi; 3. deceiving talk, putar belit. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
mantra | mantera | mantera | mantera | Kesusasteraan |
incantation | mantra/jampi | mantera; jampi | mantera; jampi | Kesusasteraan |
formula (spell) | mantera | jampi | jampi | Antropologi |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
incantation | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Puisi Melayu tradisional yang longgar bentuknya dan tidak tetap panjangnya. Apabila diucapkan, mantera dipercayai dapat menimbulkan kuasa ghaib atau magis yang dimanfaatkan untuk tujuan pembomohan dan pensihiran. Mantera merupakan rumus suci Hindu yang mempunyai ungkapan mistik dan disampaikan kepada dewa. Mantera dikenali juga sebagai formula magis, jampi atau sihir. Mantera merupakan bentuk puisi terawal yang dicipta oleh manusia. Penghasilan mantera berupa gugus-gugus perkataan yang dipilih dan distrukturkan dengan tujuan asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk asalnya untuk mempengaruhi dan mengawal makhluk ghaib dan alam. Mantera disebut juga sebagai ritual bahasa kerana membentuk sebahagian daripada ritual pembomohan dan pensihiran, manakala sebahagian lagi disebut ritual perlakuan. Dalam dunia Melayu, mantera dikenali sebagai jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja dan seru. Setiap bentuk mantera disusun khusus untuk sesuatu tujuan. Oleh itu, terdapat beratus-ratus mantera di alam Melayu yang setiap satunya berbeza dan bergantung pada tujuannya. Contohnya, mantera untuk tujuan pemanis adalah seperti yang berikut: Kain peta limau manis, Mari kulipat di dalam talam, Bagai kain pakai manis, Seperti asam dengan garam. Istilah mantera berasal daripada bahasa Sanskrit mantara, manir atau mata yang bermaksud rumus yang berentak atau `chhandas yang mengisi bahagian hymns dalam kitab Vedas. |
mantera | mantera | Kesusasteraan | Puisi | Bentuk puisi yang susunan diksinya dalam baris-baris ada mengandungi unsur-unsur atau ciri-ciri puisi, seperti rima dan irama. Contohnya, Hei! om pali, Hei! hantu tanah, Jembalang bumi, Kau pergi mengambil semangat roh si anu, Bawa gila kepada aku, Menyala seperti api, seperti nasi mendidih. |
occult style | gaya mantera | Kesusasteraan | Tiada | Gaya dalam penulisan yang penuh dengan kata-kata mantera. |
incantation | mantera | Kesenian | Drama dan Teater | Bentuk seni pengucapan bersifat mistik dan ungkapan hikmat secara berpuisi untuk menyeru makhluk halus yang mengisi alam semesta bagi memulihkan semangat manusia. Pengucapan mantera dalam sesebuah persembahan tradisi merupakan pemula dan penutup persembahan dan hanya dilakukan oleh pemain yang bertaraf bomoh dan pawang seperti Tok Dalang, Tok Peteri dan Tok Bageh. |
charm | puisi puja | Kesusasteraan | Puisi | Puisi tradisional atau puisi moden yang tema dan persoalan serta nadanya mengarah kepada pemujaan. Bentuknya kerap digunakan dalam mantera, jampi dan serapah. Contohnya, seperti mantera di bawah. Seri Dangomala, Seri Dangomali ! Hendak kirim anak sembilan bulan; Segala inang, segala pengasuh; Jangan beri sakit,jangan beri demam; Jangan beri ngilu dan pening; Kecil menjadi besar; Tua jadi muda; Yang tak kejap diperkejap; Yang tak sama dipersama; Yang tak hijau diperhijau; Yang tak tinggi dipertinggi; Hijau seperti air laut; Tinggi seperti Bukit Kaf. |
spells | jampi serapah | Kesusasteraan | Tiada | Ucapan mantera yang biasanya digunakan dalam teater tradisional dan pengubatan tradisional. Kadang-kadang jampi serapah bermaksud kalimat yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian, perlindungan, atau pertolongan terhadap sesuatu. Contohnya, jampi serapah dalam Main Puteri dan Bagih yang popular di Kelantan. Lihat juga mantera, seru puja. |
jampi | jampi | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dibaca bagi mengubat seseorang yang sedang sakit terutama dalam konteks masyarakat tradisional. Lazimnya jampi ataupun mantera ini digunakan atau dibacakan oleh seorang bomoh awu dukun. Ada kalanya jampi atau mantera ini juga dibacakan kepada sesuatu objek seperti keris, tombak dan lembing kerana dipercayai benda-benda ini mengandungi unsur-unsur sakti. Contohnya, jampi "Penawar Bisa" dalam Warna Sari Sastera Melayu Tradisional.Bismillahi 'L-rahman 'I-Rahim, Kayu medang, kayu patani. Tumbuh di padang merbani, Akar terhunjam tujuh petala bumi, Pucuk tersandar ke angkasa; Tuan puteri dari angkasa, Membawa tawar sekalian yang bisa, Ipuh putih menawar ipuh merah, |
chant | dikir | Kesusasteraan | Tiada | Gabungan ucapan doa atau nyanyian yang disampaikan secara beramai-ramai dengan cara berlagu. Lagu disampaikan dalam bentuk pantun diiringi dengan paluan rebana dan alat muzik yang lain Gaya penyampaian seperti ini juga digunakan dalam gereja seperti Canta Gregory (Gregorian Chant), dan di kuil Hindu atau Buddha untuk lafaz mantera. Lafaz mantera dalam upacara buka panggung, teater wayang kulit, dan makyung juga dianggap dikir, malahan gaya membaca puisi juga menggunakan teknik dikir. Contoh yang terkenal ialah pantun yang digunakan dalam persembahan Dikir Barat. |
occult | mantera | Kesusasteraan | Tiada | Susunan kata berunsur puisi seperti rima, irama, yang dianggap mengandung kekuatan ghaib. |
incantation | mantera; jampi | Kesusasteraan | Tiada | Kata-kata atau kalimat tertentu yang dibaca atau diucapkan untuk mendapatkan kesaktian atau menyembuhkan penyakit. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
ambun | embun | - | - | doambun | - | mantera demam panas/doa | Bentuk Muka Bumi dan Idea Berasosiasi | Bajau -> Bajau Tuaran |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
mantera | pugai [pugay]; suber [suber] | Melanau Dalat | |
mantera | jampik. | kedayan | |
ilmu | ilmu; 1 pengetahuan, kepandaian dlm perkara dunia, akhirat, zahir, batin, dll: pinyeang ~ mencari ilmu; 2 kajian bkn sst perkara: ~ bumi ilmu bumi; ~ pimun ilmu bercucuk tanam; 3 jampi, mantera; ~ kudin tuju; ~ pengan diak a pedeh jampi atau mantera menye | Melanau Mukah | |
pemeng | mantera | TETAW | |
suket II | mantera, jampi dlm perubatan MM (bkn suangi). | Melanau Mukah | |
suber | jampi, mantera; | Melanau Mukah | |
pusau | jampi, mantera; | Melanau Mukah | |
kudin | jampi (mantera dll) yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit atau mati, tuju. | Melanau Mukah | |
tawar I | tawar, jampi, mantera; ~ tajem jampi ipuh; tepuong ~ tepung tawar; | Melanau Mukah | |
kereja II | jampi atau mantera yg dibaca utk membuat orang jatuh sakit, tuju. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
denjang Ib | sejenis nyanyian pujian terhadap seseorang yang berkedudukan atau berkeistimewaan semasa perayaan adat istiadat. | Semasa gawai ini, upacara pergi ke tanju diadakan sebanyak dua kali. Mantera dibaca hanya setakat mencari tanah, dan diikuti dengan denjang lelaki. Denjang ini adalah sejenis mantera. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
numpik Sk | Proses membuat kuih tradisi orang Selako. Numpik ialah sejenis kuih yang digoreng macam cucur (putih jika menggunakan gula pasir dan coklat jika menggunakan gula Melaka (gula apung) untuk dimakan, dijadikan ramuan jampi mantera dan hadiah kepada orang yang menjampi mantera majlis gawai. | Dilihatnya bapa masih terkedang di bawah dapur. Orang hendak numpik. Bapa perlu dialih ke tempat lain. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
rinait Kd | mantera. | Di celah dua orang pengiringnya, Charlene duduk memerhatikan tentagas membaca rinait. Seperti yang pernah diterangkan oleh Ivan, upacara mengain merupakan upacara memanggil semangat padi pulang ke ketawai. | Debur Menerpa | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
tadang Kd | bakul sikutan dibuat daripada jalinan pelepah rumbia dan digunakan utk membawa tuaian padi. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangahant Sk | membaca mantera atau jampi kesyukuran di majlis gawai. | Ke mana kau? Mandi lagi. Orang hendak nyangahant sebentar lagi. Ahtieng sudah siap. | Berakhirnya Pesta Ngongcong | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
husob Kd | selendang yang digunakan sebagai penutup kepala bobohizan ketika membaca mantera ataupun ketika ia menari sumazau. | Husob - Kain "mogah" (tenunan asli orang-orang Bajau) digunakan sebagai kain penutup kepala oleh bobohizan ketika membaca menteranya ataupun ketika ia menari sumazau. Kain husob ini ditenun daripada benang nenas. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pelian Ib | cara pengubatan yang dilakukan oleh manang dengan menggunakan nada suara yang berlainan semasa membaca mantera, jampi dan sebagainya mengikut jenis penyakit. | Kalau tidak keluar barulah menyulitkan. Cuba tumbukkan daun tarum bercampur dengan ubi kayu yang sudah diparut untuk saya. Selepas itu barulah saya melakukan upacara pelian,? kata Manang Gambi. | Bumi Bertuah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
poposisip Kd | upacara menyisip tujuh tangkai padi yg dituai semasa upacara kumotob pada bilah buluh yg dibelah dan diletakkan pada dinding jelapang. | Bobohizan akan menuju ke rumah padi untuk menjalankan upacara Poposisip. Di dalam rumah padi sambil membaca mantera, Bobohizan mengeluarkan ikatan padi dari Tadang dan disisipkan di atas sebatang buluh yang terdapat di Tangkob. Mantera dibaca untuk memohon agar Bambaazon tinggal di rumah padi hingga musim menanam yang seterusnya tiba dan bambaazon tersebut dipohon turun semula ke sawah. | Upacara Magavau: Kemanakah Menghilang? | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
yoru Mr Tl | pemimpin upacara keagamaan (perempuan). | Dalam upacara ini, spesialis upacara amal (yoru) itu akan menyampaikan mantera dan diikuti dengan memasukkan tumbuh-tumbuhan upacara amal dalam satu baldi berisi air. | Padi dan Keajaibannya | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pandong, *pandung* Ib | binaan khas yang didirikan di tengah ruai, semasa diadakan upacara gawai. Binaan ini dikelilingi lemambang semasa menyanyikan mantera. | Langau bukan langau mendebungakan bunga Jawa, Mengapa pandong pak cik Apai Sabit Bekait condong, Dikelilingi rombongan Laja, kata mereka mengap. | Gurang dengan Ansang Miang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Thai 2.indb m] ว hentam keromo เวชกรรม [we:tcakam] น perubatan เวชภัณฑ ์ [we:tcapan] น peralatan perubatan เวชศาสตร ์ [we:tcasa:t] น ilmu pe- rubatan เวทมนตร ์ [we:tmon] น mantera เวทนา [we:ttana:] น kasihan เวที [we:ti:] น pentas เวนคืน [we:nk:n] ก membayar ganti rugi: กรมทางหลวงเวนคืนที่ ดินบริเวณ ก ่ อสร ้ างถนน Jabatan Kerja Raya mem sewaktu tidur. อากร [a:k:n] น cukai อาการ [a:ka:n] น simptom อากาศ [a:ka:t] น udara อากาศยาน [-saya:n] น pesawat อาคม [a:kom] น jampi, mantera อาคันตุกะ [a:kantuka] น tetamu อาคาร [a:ka:n] น bangunan อาคเนย ์ [a:kane:] น tenggara: เอเซีย อาคเนย ์ Asia Tenggara อาฆาต [a:ka:t] ดู พยาบาท อ ่
|
Kamus Thai 2.indb meluluskan rang undang- undang itu. มติมหาชน [-maha:con] น panda ngan umum มน [mon] ว berkeluk: มุมโต ๊ ะตัวนั้ นมน Bucu meja itu berkeluk. มนต ์ , มนตร ์ [mon] น mantera: หมอ ไสยศาสตร ์ อ ่ านเวทมนต ์ พร ้ อมเป ่ าลงบนร ่ างผู ้ ป ่ วย Bomoh membaca mantera serta meng- hembus ke badan pesakit. มนตรี [montri:] น menteri: อดีตผู ้ นำประ เทศ คนหนึ่ งได ้ รับการแต ่ งตั้ งเป็นมนตรีองค ์ การมุสลิม โลก Seorang pemimpin negara dilantik menjadi menteri |
Kamus Thai 2.indb kan amaran. คาดคั ้ น [ka:tkan] ก memaksa: ตำรวจ คาดค ั ้นให ้ ฉ ั นร ั บผิด Polis memaksa saya supaya mengaku salah. คาถา [ka:ta:] น mantera, jampi: ปากของเขาขมุบขมิบท ่ องคาถาก ่ อนก ้ าวเท ้ าออก จากบ ้ าน Mulutnya berkumat-kamit mem- baca mantera sebelum melangkahkan kaki keluar dari rumahnya. หมอผีอ ่ าน คาถาแล ้ วเป ่ าลงไปบนกระหม ่ อมผู ้ ป ่ วยที่ ถูกผีสิง Pawang membaca jampi dan menghem- bus ubun-ubun pesakit
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mantera | [man.te.ra] | منترا |
|
Tesaurus |
---|
| mantera | | Rujuk :jampi |
|
|