SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat-lipat ulam pegaga, Pucuk ara simpul pulih; Lebih mimpat mana ke ada, Sementara tentu boleh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain lipat baju, Cik Esah mengetam padi; Hutang malu bayar malu, Jangan susah dalam hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain lipat baju, Taruh mari di atas puan; Sekira air menjadi batu, Baru saya lupakan tuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain empat lipat empat, Lipat mari di atas geta; Cari hak lain payah nak dapat, Baiklah balik janda sedia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLaju-laju perahu laju, Laju mari sampai Kelebang; Lipat kain lipat baju, Saya mahu ikut abang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKain lipat di dalam bilik, Lipat jangan segi pun jangan; Kalau lepas sayalah balik, Umpat jangan caci pun jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain kemas-kemas, Koyak cukin di hujung paku; Kalau kaya berlaksa emas, Kerana miskin tidak laku. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat baju lipatnya kain, Bawa belayar tanah seberang; Hati tiada pada yang lain, Hati ingat tuan seorang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiLipat kain lipatlah baju, Mari letak atas peti; Lupakan kain lupa baju, Simpan aku dalam hati. |
|
Puisi |
---|
|
Lipat kain lipat empat, Lipat balik punca sedia; Cari lain haram tak dapat, Balik juga orang tak setia.
Lihat selanjutnya... |
|