Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Peribahasa ; Direktori Karyawan ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Ujian
PERKATAAN PADANAN BIDANG HURAIAN
nanopores containmentPengurungan atau pengisian liang-liang di dalam sebatian berliang dengan nanozarah. Contohnya, dalam pembuatan bahan magnet komposit, sebatian berliang ini akan diisi dengan zarah magnet. Sifat magnet bahan ini sama ada fero atau antifero bergantung pada bilangan dan jenis nanozarah yang diisi dalam liang tersebut. Antara sebatian berliang yang sesuai untuk pembuatan bahan magnet ini ialah zeolit yang mempunyai liang dengan bentuk tertentu.
nanoporeLiang kecil bersaiz satu molekul kecil pada bahan pepejal, nanozarah atau membran. Contohnya, alur protein dalam dwilapisan lipid atau liang dalam membran bahan pepejal. Liang daripada bahan pepejal diperbuat daripada membran sebatian silikon biasanya silikon nitrat. Antara teknik pembuatannya termasuklah menggunakan alur elektron dan alur ion. Nanoliang ini dapat digunakan sebagai pengesan molekul tunggal, contohnya dalam analisis interaksi protein DNA.
zeolite catalysisProses tindak balas kimia menggunakan sifat nanostruktur bahan zeolit sebagai pemangkin. Hablur pepejal zeolit ialah galian aluminosilikat yang diperoleh secara tabii dan mempunyai liang halus dengan saiz liang kurang daripada 2 nm. Dalam suatu tindak balas kimia, zeolit mengurung molekul yang bertindak balas dalam rongga halus, menyebabkan struktur dan kereaktifan molekul tersebut berubah. Zeolit biasanya digunakan sebagai pemangkin dalam industri petrokimia.
nanoporous structureStruktur bahan yang terdiri daripada liang bersaiz nanometer dan struktur ini dikaitkan dengan keluasan permukaan yang biasanya melebihi beberapa ratus meter persegi per gram dan saiz diameter liang dalam skala nanometer. Contoh bahan yang mempunyai struktur nanoliang ialah zeolit, yang digunakan sebagai penapis molekul dan polimer nanoliang yang digunakan sebagai membran elektrolit bagi sel bahan api.
molecular sieveBahan yang mengandungi liang halus bersaiz seragam yang digunakan sebagai penyerap gas dan cecair. Molekul kecil, seperti molekul air dapat melaluinya dan terjerap, manakala molekul lebih besar tidak dapat melaluinya. Contoh penapis molekul ialah tanah liat, kaca poros dan karbon aktif.
large porous particle (LPP)Satu zarah besar bersaiz 5 mikrometer dan berketumpatan rendah sekitar 0.1 g/cm3 dan mempunyai liang. Zarah ini digunakan sebagai pengangkut zarah nano seperti ubat ke dalam jantung. Zarah ini bersifat mudah tersebar dan tidak membentuk gumpalan.
nanosilicateBahan silika yang mempunyai struktur berliang yang banyak dan keluasan permukaan beberapa ratus meter persegi per gram. Contohnya, silikon dioksida (SiO2) berliang yang dapat disediakan dengan saiz liang berukuran beberapa mikrometer hingga mencapai 1 nm mengikut keperluan industri. Sifatnya yang utama adalah mempunyai ketahanan dan kestabilan haba, mekanik dan kimia disebabkan oleh rangkaian silika yang tegar dan tak termampat yang tinggi. Antara penggunaannya ialah sebagai pemangkin untuk mengasingkan bahan cemaran udara, reaktor membran dan sensor.
porous silicon phosphorescencePemancaran cahaya daripada bahan silikon berliang apabila diuja oleh sinaran elektromagnet, hentaman zarah atau kaedah lain selain pemanasan. Proses pemancaran ini berlaku sebagai kesan pengurungan kuantum ke atas elektron atau lohong dalam bahan silikon yang mempunyai liang halus bersaiz nanometer. Pendarfosfor silikon berliang dapat digunakan untuk menghasilkan peranti diod pemancar cahaya.
1
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.



Lihat selanjutnya...