Dewan Bahasa & Pustaka  Carian Spesifik
 

Juga ditemui dalam : Kamus dan Istilah ; Artikel ; Puisi ; Ensiklopedia ; Buku ; Khidmat Nasihat ; Direktori Karyawan ; Universiti Awam ; Pengesahan Bahasa ; ujian ; Dialek ; Katan ; Pantun ; Kamus Dewan Perdana ;
Maklumat Tambahan Dalam :Korpus ; e-Tesis ;e-Jurnal ;

 
Peribahasa Melayu

Peribahasa

Cekarau besar liang.

Takrif

Besar bualannya dan suka membuka rahsia orang. cekarau = sebangsa tumbuhan di air yang besar lubang batangnya.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Serasa di liang lahad.

Takrif

Dalam kesempitan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bak rasa di liang lahad).

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Bak rasa di liang lahad.

Takrif

Dalam kesempitan. lahad = lubang kubur.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Peribahasa

Sakit perut, baru tahu di liang lantai.

Takrif

Sesudah mendapat kesusahan baru ingat apa yang perlu.

Sumber

Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
1
Tesaurus
 
liang (kata nama)
Bersinonim dengan lubang rongga, gohong, saung.,

Puisi
 

Dari Kedah ke Tanah Liang,
     Tinggi pasir Kuala Patani;
Pintu terdedah sampai siang,
     Apa taksir pada kami.



Lihat selanjutnya...