Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Jawapan tuan bagi "reverse parking" diertikan sebagai "letak kereta undur" atau "letak kereta secara mengundur" dirujuk. 1. Adakah sesuai saya ertikan sebagai "letak kenderaan undur"? 2. Apa perbedaan antara perkataan "kenderaan" dengan "kendaraan"? | Sekiranya merujuk kepada pelbagai jenis kenderaan, tuan boleh menggunakan "letak kenderaan undur." Untuk makluman, perkataan "kendaraan" tidak terdapat dalam bahasa Melayu dan tidak boleh diigunakan. | Istilah | 06.09.2012 |
tempat meletak kereta / tempat letak kereta? | Tempat meletak kereta atau tempat letak kereta, kedua-duanya betul tetapi lazimnya untuk penamaan 'Tempat Letak Kereta' yang digunakan. | Tatabahasa | 15.12.2010 |
bolehkah letak perkataan dengan di hadapan ayat | Perkataan "dengan" boleh diletakkan di hadapan dalam ayat songsang. Contohnya, "Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa ..." | Lain-lain | 28.08.2022 |
Bila perlu letak sempanng selepas imbuhan se? Cthnya: se-Malaysia?TQ | Tanda sempang (-) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar. Cara penulisan yang betul ialah se-Malaysia, se-Nusantara dan se-Tanah Melayu. | Tatabahasa | 15.08.2007 |
Assalamualaikum. Mohon khidmat tuan untuk istilah berikut: "Reverse Parking" Terima kasih. Wassalam. | Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk "reverse parking". Walau bagaimanapun, cadangan kami ialah letak kereta undur atau letak kereta secara mengundur. | Istilah | 04.09.2012 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |
Assalam & Selamat Pagi, Pihak kami ingin meminta jasa baik pihak Tuan untuk menyemak perkataan-perkataan dalam Bahasa Melayu seperti di bawah: 1. Tempat Letak Kereta Pengawai - untuk tempat letak kereta imam, bilal dan nazir (yang mana yang sesuai) 2. Tandas VIP 3. Bilik Kuliah 1 dan Bilik Kuliah 2. Sekian, Terima Kasih. | Cadangan kami, puan boleh menyusun tempat letak kereta seperti berikut: I. TEMPAT LETAK KERETA KHAS IMAM BILAL NAZIR
| Lain-lain | 25.10.2016 |
Yang mana lebih gramatis? 1. Jangan letak kaki di atas meja. 2. Jangan letak kaki pada meja. | 2. di atas meja. | Tatabahasa | 06.08.2014 |
tempat letak kereta awam atau tempat meletak kereta awam atau tempat meletakkan kereta awam ? terima kasih dan selamat berpuasa. | Tuan boleh menggunakan Tempat Letak Kereta Awam atau Medan Kereta Awam untuk papan tanda, namun sekiranya dalam ayat lengkap sila gunakan tempat meletakkan kereta awam. Contoh ayat: Tempat meletakkan kereta awam di pasar raya sentiasa penuh. | Tatabahasa | 04.07.2014 |
Mohon disemak : " Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja" Terima kasih. | Orang awam dilarang menggunakan tempat letak kenderaan berbumbung yang dikhaskan untuk pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Papar sahaja. Ayat ini betul. | Tatabahasa | 19.09.2014 |