Pantun |
Sumber |
Tema |
Buluh perindu di lereng bukit, Tumbuh subur di dalam semak; Hati merindu jadi penyakit, Mata tak tidur badanku rosak. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Tanam padi di lereng bukit, Di situ banyak orang Jawa; Bincana Tsunami bukan sedikit, Lenyap segala harta dan nyawa. | Pantun Melayu Sarawak | Agama |
Kacang hijau kacang merah, Ditanam orang di lereng bukit; George Chan segera diberi anugerah, Anugerah teringgi dari Kelabit. | Pantun Melayu Sarawak | Setia Bangsa |
|
|